MARHABAN YA MARHABAN

PEWANGI MUNIF HIJJAZ terbaru DI PASARAN (klik)

MAKLUMAT SAHABAT ILMU STORMREADERS (klik gambar)

Monday, October 26, 2009

NIKMATNYA SIHAT

sabda nabi "Dua nikmat yang selalu dilepaskan (dilupai) manusia ; sihat dan waktu lapang"

kelmarin masa naik ke pejabat, PAR bagi borang suruh sign. ingat borang apa,rupanya slip cuti. "banyak lagi cuti ustaz" kata PAR tu. "haa ! yeke ? " em memang betul, baru sehari je cuti baru ni. tu pun cuti sebab nak p Ijtimak guru Takmir negeri perak. MC ? takde dalam rekod tahun ni ambil MC lagi. ada la hari tu pergi klinik pasal sakit mata, tapi tak dapat pun MC. Balik bertugas sepertui biasa.

Alhamdulillah dengan nikmat sihat ni macam-maca kita boleh buat dan isi masa dengan benda yang dapat pahala. ye la nanti di akhirat dapat lah menuai dividen nya.

bila dah hilang nikmat sihat baru gelabah dan sedar betapa sihat itu nikmat. baru teringat nak muhasabah amal. namun sakit juga sebagai nikmat. menjadi Kaffarah pada dosa yang kita lakukan sepanjang hidup kita.

Ala kulli hal Syukurlah jangan kufur

Wednesday, October 21, 2009

PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM MALAYSIA (DARUSSYIFA')

Syeikh ! jangan lepaskan peluang, kelas darusyifa akan dibuka untuk tahun 2010 Insya Allah, cepat mendaftar, sementara peluang berguru dengan Tuan guru masih ada. Hari sabtu ni pelancaran kelas di Kedah, siapa yang berminat boleh daftar di sana. untuk yang di negeri Perak pulak, kelas akan di buka di kuala kangsar, tengok laman sesawang darussyifa kat link tepi tu, jemput le ziarah dan ambil manfaatnya,

AROWANA OH KELISA


Arowana high back masih dalam pantang


Arowana setahun lebih

Jumaat lepas ada sahabat ajak pergi ke kolam ikan kelisa di Jabal Ahmar (Bukit Merah). nak buka mulut ikan katanya. buka mulut ikan ? buat tahnik ke? tak! rupanya itulah istilah penternak dan pelabur ikan kelisa bila nak ambil hasil tuaian. proses berjalan dengan penuh debaran, boleh jadi ada hasil, boleh jadi belum lagi, sekor sekor ikan diperiksa mulutnya, semua yang hadir cukup teruja, tambah le tuan punya ikan tu, tak senang berdiri, ke sana kemari tunggu hasil. dah hampir sebelas ekor diperiksa, belum ada tanda. tiba-tiba penyelongkar mulut ikan tu bising sebut " dah terbang-dan terbang. Alhamdulillah itu istilah untuk tanda ada hasil dalam mulut ikan yang dah agak besar. dah keluar kerana diluah oleh "bapanya"( ibu kelisa bertelur dan di eramkan oleh bapanya, baguih bapak kelisa nih)
ada dua ekor yang keluarkan hasil. kira semua dapat 40 ekor, bahagi dua dengan pengusaha. pastu boleh kongsi dengan share partner ikut nilai saham masing-masing. seekor nilai dengan rm 400. RM 400 ? kali lah dengan 20 ekor. itulah hasil tuaian sahabat ana.
berminat? satu kolam nilai 104 000 . kongsi le. untuk beli 10 kelisa betina dan 6 jantan. hasil pertama boleh tuai dlam jangka masa 1 tahun. amacam? teruja?
istikharah dulu

Thursday, October 15, 2009

USTAZ, TOLONG CERAMAH SIKIT KAT DIA NI !

"Ustaz, tolong ceramah sikit kat dia ni !". " nak ceramah sikit ke banyak ? tanya ana. "sikit pun tak apa". pikir sekejap, nak ceramah Apa? teringat kalimah ringkas lalu ana sebut Ittaqullah, bertaqwalah kepada Allah.
begitulah dialog ringkas ana dengan beberapa remaja ditaman perumahan yang ana tinggal ketika nak keluar ke parit buntar semalam. nampak mereka duduk-berbual di tepi jalan ana buka tingkap kereta sambil menyapa mereka. ada yang menyorok tepi member sebab malu atau takut kena tegur sebab pakai seluar kulit ( seluar pendek ). sorang lagi minta nasihatkan kawannya yang sedang bergayutan di talian.
usia remaja memang penuh dengan keindahan , keseronokan mencuba dan meneroka alam baru, kalau betul gayanya Insya Allah takkan hanyut du dunia gelora ini. tapi sapa nak bimbing mereka?

Tuesday, October 13, 2009

SELESAI URUSAN 4 BADAL HAJI





Gambar hiasan

Semalam sempurna urusan mewakilkan 4 badal haji untuk kali ini,

Terima kasih kepada En Ramly bin Huri yang buat badal haji untuk ibu dan bapa mertuanya, En Amirul bin Mai untuk abangnya, dan badal untuk bondaku sendiri. moga mendapat haji yang mabrur

semua urusan telah diwakilkan kepada Tn Hj Zaini Rasli, Ascentlink Travel yang beribu pejabat di Bagan Serai, Perak.

Untuk makluman, badal haji masih lagi dibuka, silakan kepada sesiapa yang berhajat.

Friday, October 09, 2009

TERINGAT KISAH LAMA

Bila baca dan dengar kisah gempa di Padang, Indonesia, teringat cerita lama masa zaman mesir dulu ( bukan mesir purba ya ). sempat 3 kali merasa gegaran gempa, yang pertama kali di Damanhur, masa lena atas terasa katil bergoyang, ingat ada kawan nak ngusik, buat derk je la. dah jaga dari lena, dengar orang sembang kata terjadi gempabumi.
yang kedua di kaherah, lena juga, rasa orang tarik tilam, ingat kot dia nak join lena sama. bila jaga, gempa bumi juga. (aii dua kali lena ni, pi ngaji ke lena ?)
yang ketiga baru lepas ngaji dengan syeikh indonesi, bab tasauf lagi, lepas ngaji biasanya ada jamuan, tumpang sekali le sambil berbual tambah ilmu dan pekena syai bersma tuan guru, tetiba bergegar bangunan rumah negeri, kami di tinggkat atas sekali lagi rasa goyangnya yang kuat, aku bertakbir, ada sahabat yang sembahyang meneruskan sembahyangnya (kuat iman sahabat ni). allahu Akbar aku terus takbir, Tuan guru Indonesi tadi paling awal lari ke tangga... (mungkin dia ada trauma gempabumi di negaranya)
itulah kenangannya. rasa gerun kekuasaan Allah, Kalau dah sampai ajal, bila-bila masa pun kita tak tau.

Ya Allah ambil lah nyawaku dengan keadaan yang baik Ameen

Tuesday, October 06, 2009

Jahiliyyah moden

Mayat bayi terapung

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my


PULAU PINANG 5 Okt. - Seorang pengutip sampah tidak menyangka objek terapung seperti 'anak patung' di kawasan pantai berhampiran Jeti Sungai Pinang di sini hari ini, adalah mayat seorang bayi lelaki.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.45 pagi ketika pekerja lelaki itu menjalankan rutin harian untuk membersihkan kawasan tersebut.

Difahamkan, semasa ditemui, mayat tidak berpakaian itu berusia dalam lingkungan beberapa hari berikutan tali pusatnya masih ada.

Hasil siasatan, polis percaya bayi malang itu dicampak ke laut sebelum dibawa arus sehingga ke hulu sungai tersebut.

Siasatan awal juga menunjukkan ibu kepada bayi itu merupakan seorang rakyat tempatan ekoran warna kulitnya yang cerah.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supritendan Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan penemuan bayi tersebut dan pihaknya kini giat menjalankan siasatan.

"Kita telah menghantar mayat bayi itu ke Bilik Mayat Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dibedah siasat dan polis juga masih cuba mengenal pasti bangsanya.

"Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan," ujarnya

diambil dari utusan malaysia, 6 oktober

apa dosa bayi kecil ini? mengapa tambah dosa berganda? apakah dosa ia dibunuh (bi ayyi zanbin qutilat)

Monday, October 05, 2009

AZ-ZALZALAH (GEMPA )


Gempa bumi di Indonesia : Peringatan buat yang lalai.



SURAH 99 : 8 AYAT
DITURUNKAN DI MAKKAH

1. apabila bumi digegarkan Dengan gegaran Yang sedahsyat-dahsyatnya,
2. serta bumi itu mengeluarkan Segala isinya,
3. dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa Yang sudah terjadi kepada bumi?"
4. pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:
5. Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).
6. pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
7. maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
8. dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Friday, October 02, 2009

Majlis Ilmu yang penuh Barakah


Syeikhuna DR Zulkifli AlBakri sedang menyampaikan ilmu di majlis Ijtimak Sanawi Guru takmir Perak di INTIM, Ipoh

Badal Haji tahun Ni


iklan upah/badal haji

Lepas Syawal, Zulqaedah, lepas tu Zulhijjah pulak, emm baru ni pergi kedai Haji Zaini Bagan Serai sebab nak Wakilkan Badal Haji pada saudara. tahun lepas pun ada buat untuk Arwah Ayahanda, tahun ni untuk Bonda pulak, Haji Zaini Offer untuk jadi wakil dia untuk menguruskan sesiapa yang mahu khidmatnya untuk badal haji tahun ni. qabiltu le (aku terima ).
lalu bermula lah cari kawan-kawan dan kenalan untuk sesiapa yang memerlukan bantuan badal haji ni. jadi... sesiapa yang berminat tafaddal , ana permudahkan apa yang patut, mudah-mudahan urusan dipermudahkan dan amalan haji diterima Allah sebagai Haji Mabruur, Hajjan mabrura, sa'yan masykura, wa tijaratan lan tabur. ameen
us yazid 0195599798



isikan borang ini

" Sesungguhnya Yang Halal dan Yang Haram Itu Nyata "

AMARAN

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP