MARHABAN YA MARHABAN

PEWANGI MUNIF HIJJAZ terbaru DI PASARAN (klik)

MAKLUMAT SAHABAT ILMU STORMREADERS (klik gambar)

Monday, December 21, 2009

Muharram : selamat tahun baru Hijri

letih speaker handphone ni berdering menyatakan sms baru sampai, kejap-kejap berbunyi, namun itu tak mengganggu bila mesej yang sampai penuh bermakna, SELAMAT MNENYAMBUT TAHUN BARU HIJRI, Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang wish macam tu.

Dulu-dulu, masa tahun baru masihi ramai yang hantar sms atau beri ucapan selamat tahun baru. tapi tahun baru masihi, tapi sekarang dah mula berbeza, ucapan untuk tahun baru hijrah dah merebak. ini hijrah yang baik untuk tingkat syiar Islam, moga dapat kita aplikasi tahun hijri dalam kehidupan kita, bukan sahaja untuk surat-menyurat, daftar kelahiran, nikah kahwin dan lain-lain, termasuk soal cukup bulan dapat gaji, heheh. lebih menguntungkan dan lebih mendahulukan rakyat.

antara iktibar hijratul rasul yang nak ana sentuh dengan suntuk masa di cc kat kh jambu ni ialah soal betapa hebatnya penentang kaum Qurays terhadap Junjungan Besar Nabi Muhammad dalam berdakwah.
Pemuka Qurays dah tak tahan dan tak mampu lagi bendung pengaruh Rasulullah. lantas mereka memanggil ketua ketua kabilah berhimpun di Dar An Nadwah. Dar Nadwah ni lebih kurang Parlimen lah masa sekarang. so yang nak masuk mesyuarat di Dar Nadwah ni dah tentu le wakil rakyat (MP Member of Parliament) masa tu. merkea pun berhimpunlah di sana termasuk MP Abu Lahab yang mewakili kaum Kawasan parlimen dia, abu Jahal dan lain-lain semua hadir tanpa ponteng. sebab nak bincang isu besar berkenaan survival agama tok moyang mereka berdepan dengan DENN Al-Islam. turut hadir walau tanpa dijemput ialah seorang Syeikh (samaran Syaithon). cadangan untuk penjarakan, buang daerah, ditolak dan akhirnya keputusan untuk bunuh curi diterima sebulat suara. dan keputusan ini diaggap idea paling bernas oleh Syeikhton tadi. lalu resolusi tadi diwartakan untuk dilaksanakan malam harinya. dipilih 11 orang assasins ( pembunuh upahan ) kepung rumah Rasullulah. tapi dengan Mukjizat Nabi dengan bacaan ayat dari surah yAAsin, terlena semua assassin tadi. Rasul keluar dengan Aman dan tinggalkan tanda IZA' ( hinakan ) dengan tabur pasir atas kepala.

Namun Allah lebih mengetahui MAKAR ( rancangan jahat ) lalu wahyu diturunkan mengizinkan Rasul berhijrah.

JOM HIJRAH,

Ya Allah, kuatkan diri ini berhijrah ke arah yang lebih baik. Ameen

Thursday, December 03, 2009

TAWAQUF UNTUK TAFAQQUH

tahun 1999 sempat berguru seminggu dengan pak Teh pondok Latifiah kg Kuak Luar Pengkalan hulu. kini dah 2009, sepuluh tahun berlalu, terasa hati di gamit-gamit untuk menadah kembali pusaka ilmu Islam di sana. musim cuti ni mudah-mudahan ada peluang untuk jejak kembali daerah ilmu. terasa diri masih mentah dalam dunia ilmu dan amal. moga dapat setitis ilmu Ilahi buat bekal diri.

YA Allah permudahkan urusan ku kesana untuk mencari ilmu Mu Ya Allah. Ameen

" Sesungguhnya Yang Halal dan Yang Haram Itu Nyata "

AMARAN

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP