MARHABAN YA MARHABAN

PEWANGI MUNIF HIJJAZ terbaru DI PASARAN (klik)

MAKLUMAT SAHABAT ILMU STORMREADERS (klik gambar)

Monday, July 26, 2010

SOLUSI 22 "DOA, MUSTAJAB ATAU TERHIJAB



Assalamualaikum, kepada semua pencinta bahan ilmia dakwah SOLUSI, insya Allah, akan berada di pasaran tidak berapa lama lagi dengan tajuk menarik, adakah doa kita diterima Allah selama ini? adakah doa kita terhijab? nantikan kupasannya dalam SOLUSI 22 ini

dapatkan daripada herbasyifaa Bagan Serai, Kohalal Bagan Serai, Petronas Bagan Serai, dan hubungi Us Yazid untuk tempahan dan penghantaran percuma sekitar bagan serai. nak bantu edarkan pun boleh.

0195599798
http://mukminiaga.blogspot.com/

Saturday, July 17, 2010

perginya tak kembali


Dr Rahman bersemangat menyampai kuliah
ahad lalu beliau memberikan kuliah dengan semangat, soal herba dan penggunaannya dalam rawatan,

sempat pesan kepada anak murid supaya bawakan beberapa jenis tumbuhan untuk dijadikan bahan serta perkenalkan kepada yang lain tentang kelebihan dan cara penggunaan bahan tersebut. namun hasrat itu tak kesampaian, beliau kembali ke RahmatuLLah,

semoga ilmu yang dikongsi oleh pakar Herba, Dr Rahman Derus akan kekal sebagai pahala jariah teman diri mengadap ilahi.

pernah satu ketika tahun 2009, masa belajar di maktab, ana diserang sakit belakang cara tiba-tiba yang menyebabkan sukar untuk menundukkan badan, lagi besar masalah kalau berbaring, nak bangun cukup menyakitkan kerana tulang belakang tak dapat dibengkokkan, jumpa Dr rahman dan minta dia Ruqyah (bacakan doa). nampak bersahaja dia berdoa dan tiupkan pada air, lalu diberi ana minum. dalam hati agak kecewa sebab dia tak sentuh atau urut tempat sakit. sakit masih lagi terasa,

namun kuasa Allah yang Esa, lepas tu sakit pun tak terasa bila hilangnya, dah seperti sedia kala, Alhamdulillah.

secebis kenangan bersama Dr rahman darus...

Ya Allah, jadikan hidup kami berjasa untuk AgamaMu . Ameen

" Sesungguhnya Yang Halal dan Yang Haram Itu Nyata "

AMARAN

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP