MARHABAN YA MARHABAN

PEWANGI MUNIF HIJJAZ terbaru DI PASARAN (klik)

MAKLUMAT SAHABAT ILMU STORMREADERS (klik gambar)

Friday, December 31, 2010

30 hb disember 2010

lama tak bersua, mengakhiri tahun 2010 catatan belum berakhir,
semalam, dapat panggilan telefon dari sahabat ajak bersama iktiar rawatan di sebuah premis kewangan.bermula dengan solat maghrib berjamaah, solat hajat, bacaan yasin dan zikir beramai-ramai.
selepas itu di adakan penerang dan taklimat berkenaan makhluk halus, punca dan rawatan oleh ust zakaria nasiruddin.
alhamdulilah semuanya selesai dan bersurai jam 10 malam, mudah-mudahan gangguan tiada lagi. iktiar kita ALLAH tentukan

jauhkan kami dari gangguan syaitan jantan dan syaitan betina . Ameen

Saturday, October 09, 2010

amanah yang dipikul (galas?)





majlis penerimaan tauliah mengajar Negeri Perak berlangsung di Hotel Seri Malaysia ipoh, dengan dimulai ucaptama Mufti Kerajaan Megeri perak,

dalam ucapannya beliau meminta supaya para guru yang menerima tauliah menganggap ia sebagai satu lesen untuk menyampaikan ilmu dan bukannya untuk berbangga dengan sijil sahaja.
beliau juga menegaskan bahawa pendakwah menggunakan methodologi menerang, dan menggunakan kaedah menjelaskan keindahan dan keadilan dalam islam.

Wednesday, September 01, 2010

fikir dan ubah !

10 isu yang umat Islam sering keliru dan tak tahu mana yang patut diutamakan.

1. Ramai yang marah budak-budak datang masjid buat bising... Tapi tak marah orang dewasa yang duduk diam di rumah, tak mau datang masjid.

2. Mereka sibuk berbicara apa hukum ORG KAFIR masuk masjid, TAPI mereka tak pernah bicara apa hukum ORG ISLAM tak mau ke masjid.

3. Mereka sibuk bincang hal ORG KAFIR dedah aurat dlm surau, TAPI mereka tak cakna ORG ISLAM yang dedah aurat di merata tempat.

4. Mereka marah ORG KAFIR baca ayat Quran dan baca tak ikut tajwid, namun mereka hanya senyum melihat ORG ISLAM tak mau baca Quran dan yang baca tunggang langgang.

5. Mereka melenting bila ORG KAFIR nak sebut nama Allah, sayangnya mereka tak sensitif langsung bila ORG ISLAM menghina ayat-ayat dan hukum Allah.

6. Mereka sibuk membid'ahkan orang buat tazkirah antara tarawih, tapi mereka tak kisah orang lepak minum kopi dan hisap rokok antara tarawih.

7. Mereka sibuk bertanya batal tak wudhu' jika sentuh tangan isteri, tapi mereka tak kisah dosa bersalaman dengan bini orang.

8. Mereka dok tanya orang pusat zakat adakah wang hasil pelaburan mereka boleh dizakatkan, mereka tak tanya pun adakah pelaburan mereka itu diharuskan.

9. Mereka sanggup bersesak-sesak di masjid untuk solat Aidilfitri yang hukumnya sunat tapi mereka tak mau tunaikan solat fardhu di masjid walaupun masjid lengang dan lapang.

10. Lama masa diambil di pasar raya untuk membelek2 label makanan untuk mencari logo halal jakim. Namun mereka dengan lahapnya aply personal loan, pembiyaan kereta/rumah dan kad kredit dll tanpa bertanya 'logo halalnya'. Yang ditanya hanya berapa persen interest... Tak ditanyapun aqadnya syar'I atau tidak.

Hayati kisah ini...

Seorang télah bermusafir dari Iraq menuju ke Madinah. Berbulan-bulan lamanya. Niatnya satu; hendak bertemu Imam Malik untuk mendapatkan penjelasan mengenai hukum darah nyamuk... Sampai di Madinah, beliau terus bertemu Imam Malik dan bertanyakan soalan berkenaan. Imam Malik tidak terus menjawab. Sebaiknya berkata, "Kamu datang sejauh ini semata-mata nak tanya hukum darah nyamuk. Kenapa kamu tidak tanya hukum darah Husain (cucu Rasulullah SAW) yang dibunuh di negeri kamu?"

Fikir-fikirkan...

Thursday, August 19, 2010

taraweh, tarawih, moreh?


bersegeralah menuju maghfirah Allah

rebutlah saff yang pertama
malam pertama di bulan Ramadhan, penuh masjid dengan manusia yang menyahut kehadiran Ramadhan, bulan ibadah, bulan mujahadah, masuk malam ke seterusnya, dah mula berkurangan, malam berikutnya, dah banyak lagi yang susut, belum masuk malam 10 yang akhir, dari penuh masjid ke penuh pasaraya dan sebagainya, hilang habis manusia. apa yang dicari? apa yang dikejar? apa yang tak cukup, Allah janjikan "bonus hebat 1000 bulan" tapi manusia cari diskaun 10% 20% 30% 50% 70%.

ada yang nantikan moreh. bila dengar je imam baca 3 qul baru le budak-budak sibuk masuk balik ke masjid, surau, leps puas ganggu jemaah dengan letupan mercun, meriam dan sebagainya, kot tak masuk nanti orang tua tak bagi serta makan moreh, rugi pulak, sanggup berlakon.

Ya Allah jadikan Ramadhan ini yang terbaik buat kami, Ameen

Thursday, August 12, 2010

waqaf ramadhan


101 cerita dari Al-Quran dan hadis RM29.90


300 hadis bimbingan RM25.90



shahih tafsir ibnu katsir RM 800


tafsir ibnu katsir RM700


Assalamualaikum,
bersempena Ramadhan Mubarak ini, dianjurkan kepada anda semua untuk mewaqafkan bahan bacaan untuk dimanfaatkan ilmunya, tuan boleh memilih apa sahaja tajuk buku, majalah, dan lain-lain yang terdapat dikedai maya http://www.stormreaders.net/yazid ini dan akan dihantar kepada tempat yang tuan inginkan.


selamat menyambut bulan Ramadahan Almubarak.

us yazid muhamad rumbali
0195599798

Monday, July 26, 2010

SOLUSI 22 "DOA, MUSTAJAB ATAU TERHIJAB



Assalamualaikum, kepada semua pencinta bahan ilmia dakwah SOLUSI, insya Allah, akan berada di pasaran tidak berapa lama lagi dengan tajuk menarik, adakah doa kita diterima Allah selama ini? adakah doa kita terhijab? nantikan kupasannya dalam SOLUSI 22 ini

dapatkan daripada herbasyifaa Bagan Serai, Kohalal Bagan Serai, Petronas Bagan Serai, dan hubungi Us Yazid untuk tempahan dan penghantaran percuma sekitar bagan serai. nak bantu edarkan pun boleh.

0195599798
http://mukminiaga.blogspot.com/

Saturday, July 17, 2010

perginya tak kembali


Dr Rahman bersemangat menyampai kuliah
ahad lalu beliau memberikan kuliah dengan semangat, soal herba dan penggunaannya dalam rawatan,

sempat pesan kepada anak murid supaya bawakan beberapa jenis tumbuhan untuk dijadikan bahan serta perkenalkan kepada yang lain tentang kelebihan dan cara penggunaan bahan tersebut. namun hasrat itu tak kesampaian, beliau kembali ke RahmatuLLah,

semoga ilmu yang dikongsi oleh pakar Herba, Dr Rahman Derus akan kekal sebagai pahala jariah teman diri mengadap ilahi.

pernah satu ketika tahun 2009, masa belajar di maktab, ana diserang sakit belakang cara tiba-tiba yang menyebabkan sukar untuk menundukkan badan, lagi besar masalah kalau berbaring, nak bangun cukup menyakitkan kerana tulang belakang tak dapat dibengkokkan, jumpa Dr rahman dan minta dia Ruqyah (bacakan doa). nampak bersahaja dia berdoa dan tiupkan pada air, lalu diberi ana minum. dalam hati agak kecewa sebab dia tak sentuh atau urut tempat sakit. sakit masih lagi terasa,

namun kuasa Allah yang Esa, lepas tu sakit pun tak terasa bila hilangnya, dah seperti sedia kala, Alhamdulillah.

secebis kenangan bersama Dr rahman darus...

Ya Allah, jadikan hidup kami berjasa untuk AgamaMu . Ameen

" Sesungguhnya Yang Halal dan Yang Haram Itu Nyata "

AMARAN

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP