MARHABAN YA MARHABAN

PEWANGI MUNIF HIJJAZ terbaru DI PASARAN (klik)

MAKLUMAT SAHABAT ILMU STORMREADERS (klik gambar)

Wednesday, November 18, 2009

TAQWANYA AYAH TAATNYA ANAK DAN REDHANYA IBU



Macam mana kita ye? kalau diperintah untuk sembelih anak kita yang comel tu? berat ujian Allah kepada Nabi Ibrahim untuk buktikan keimanan dan ketaqwaan. anaknya Ismail juga penuh taat pada Ayah dan Patuh perintah Allah. ibunya pula, setelah kandungkan anak dengan susah payah, kemudian ditinngalkan di wadi yang tiada tumbuhan dan makanan. berlari kesana kemari mencari air dan makanan. usaha dan ikhtiar berterusan hinggalah terbit air Zam-Zam. dah dewasa kena korbankan anaknya. Namun perintah Allah tetap dipatuhi dengan redha. inilah ujian buat orang yang beriman.

sanggupkah aku? Ya Allah jangan Engkau bebankan aku dengan bebanan yang tak mampu aku hadapi. Ameen.

Tuesday, November 17, 2009

BERAKHIRNYA SATU KEHIDUPAN...

Semalam, jam 6,15 petang sampai sms dari seorang sahabat. menyatakan ust Fauzi telah menghembuskan nafas terakhir setelah koma beberapa hari di wad icu Taiping.

Inna Lillah Wa Inna Ilaihi Rojiun
dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.

sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham Ust Fauzi PK 1 Maahad Ridwaniah rendah Bagan Serai perak.

bila giliran ana? moga dapat Husnul Khotimah. Ameen

Monday, November 16, 2009

HAI BUMI TELANLAH AIRMU, HAI LANGIT, BERHENTILAH


PETUGAS SEDANG MENYEDIAKAN MAKANAN TENGAH HARI KEPADA MANGSA BANJIR

Semalam ana sempat ikut rombongan melawat mangsa banjir area alor pongsu. masa sampai mereka baru dapat menjamah makanan tengah hari. Nampak mereka sangat berselera dengan jamuan yang ada. walaupun menu biasa, namun suasana baru di tempat penempatan mangsa banjir membuatkan selera bertambah, mentelah lagi makanan agak lewat disiapkan. tapi sebenarnya makanan tidak putus-putus tiba untuk mereka. dari bantuan persendirian, NGO's dan pertubuhan politik masing-masing tunai tanggungjawab membantu manusia dalam kesusahan.

Seramai 397 mangsa banjir dari 103 keluarga ditempatkan di sebuah sekolah berdekatan yang membabitkan 3 kampung.

Suasana yang kurang selesa berbanding di rumah sendiri. namun dalam masa sebegini, mangsa banjir jangan lupakan persoalan agama, soal aurat, percampuran lelaki perempuan luar batasan perlu dijaga.
ingatlah ini juga merupakan ujian Allah.

Renung kembali sejarah banjir pada zaman Nabi Allah Nuh. Nabi Nuh memohon kepada Allah supaya membalas perbuatan kaumnya yang ingkar dan kufur. Lalu Allah perkenankan permintaan dan menurunkan hujan yang lebat dan memerintahkan agar bumu memancarkan air dari segala penjuru, maka terkumpullah air dari langit dan air dari dalam bumi yang menjelma menjadi banjir besar untuk menghancurkan orang yang kafir dan menyelamatkan golongan yang beriman dengan tersedianya bahtera Nabi Nuh.




44. dan (setelah binasanya kaum kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit Dengan berkata: "Wahai bumi telanlah airmu, dan Wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu". dan (ketika itu) surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu. dan bahtera Nabi Nuh itupun berhenti di atas Gunung "Judi" serta diingatkan (kepada kaum kafir umumnya bahawa): "Kebinasaanlah akhirnya bagi orang-orang Yang zalim".


Doalah seperti firman Allah '' Dan difirmankan , '' Hai bumi,telanlah airmu, dan hai langit (hujan) berhentilah''. surah HUD 44

Ya Allah Selamatkanlah kami dari banjir ini. Ameen

Friday, November 13, 2009

Allahumma Sallimhu


Ustaz Azhan Ishak
Pagi ni bila buka blog sahabat ana syed bakri albaloki, terpampang berita kemalangan ustaz Azhan Ishak, baru ni baru je jumpa dia semasa berkunjung ke ipoh. berbual-bual mesra macam dah kenal lama. sosok pemuda berwajah bersih ni memang dikenali ramai sebagai motivator yang mampu memecahkan deraian air mata, tak kira kecil, besar tua dan muda.

Dia di uji dengan kemlangan jalan raya ( maklumat lengkap tiada)
namun firman Allah " kami akan menguji kamu dengan ketakutan, dan kelaparan, dan kekurangan harta-harta dan jiwa-jiwa dan buah-buahan. dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar. mereka yang diuji dengan musibah seraya berkata Inna Lillah Wa Inna Ilaihi Rajiun ( kita datang dari Allah dan kepadaNya kita akan kembali" benarlah Firman Allah.
takziah di ucapkan.
Allahumasyfi mardhohu syifaa ajila . Ameen

Tuesday, November 10, 2009

MANISNYA PAHALA WARISAN


POKOK WARISAN... sampai bila ?


cicitnya dah merasa

hari minggu baru ni, ana balik kampong, ada kuliah di masjid Ar-Rahmaniah, program sambil menyelam minum air. kuliah dan bercuti di kampong. sekarang ni pun memang musim buah kayu tengah banyak. kebun yang ana beli dulu pun dah kali ke dua termasuk musim ni keluarkan hasil, yang pertama dulu adalah durian sikit, kali ni dengan durian, manggis, rambutan dan dokong keluar hasil. Alhamdulillah. dapat le kongsi sama dengan teman-teman yang dijemput datang ke rumah. merasa sorang sikit. firman Allah dalam suruh Ibrahim "dan sekiranya kamu bersyukur, nescaya Aku tambahkan nikmat kepadamu" moga bertambah rezki masa mendatang. Ameen.
sebelah rumah ana d kampong tu ada sepohon rambutan. seingatnya masa ana kecil dulu, dah ada pokok tu. mana tak ingat, tiap petang kena sapu daun kering yang gugur. rasanya dah lebih 30 tahun umur pokok tu. Arwah aki yang tanam. dapat le anak, cucu, malah cicitnya merasa hasil yang ditanam. tinggi visi orang dulu, dia bukan saja nak rasa hasil tanamannya, tapi beringat juga untuk anak dan cucunya untuk nikmati sama hasil usahanya. berapa banyak pahala jariah yang dia perolehi. namun ada yang nikmati manisnya rambutan tu lupa nak syukur dan kirimkan manisnya rasa pahala dengan ayat Al-Fatihah......


sampai masanya, aku pulak wariskan apa yang diamanahkan. bila ya?

Thursday, November 05, 2009

NILAI MASA ATAU NILAI JAM ?


gambar hiasan

Baru-baru ni ada program di Ipoh. buat pula kat Syuen Hotel. waktu rehat tu saje je le ronda kat lobby dia, perhati satu persatu apa yang ada kat situ. sekali terpandang kedai jam, apa lagi jengok le. belek-belek dengan mata je la, mana boleh nak pegang dan tengok, benda ada dalam crmin. Emm RM 550.00 mampu milik nih, kot ada rezki banyak boleh le hadiahkan pada buah hatiku isteri tercinta, tapi bila pandang balik, ada nombor yang terselindung tak nampak masa mula tengok tadi, aduhai angka sebenarnya grand total ialah 6,500.00 SAHAJA. masya Allah.

Masa amat berharga, setiap detik ada nilainya. Ada yang umpamakan masa seperti emas, wang ringgit, harta benda dan lain-lain, masa juga seumpama pedang yang akan pancung kita kalau tak guna dengan baik.

Dalam surah Al-Asr " Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali mereka yang beramal soleh dan berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran".

Saya rugi, isteri rugi, abang kakak rugi, ibu ayah rugi, ibu bapa mertua rugi, kawan satu sekolah dulu rugi,guru-guru dan semua pensyarah rugi, kawan sejawat rugi, pegawai-pegawai rugi, pemimpin pelbagai lapisan pelbagai parti rugi, MELAINKAN YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH YANG BERPESAN DENGAN KEBENARAN DAN BERPESAN DENGAN KESABARAN.

Ya Allah, jadikanlah aku bersama kalangan nabiyyin wa siddiqin wa syuhada wa solihin. ameen

" Sesungguhnya Yang Halal dan Yang Haram Itu Nyata "

AMARAN

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP