MARHABAN YA MARHABAN

PEWANGI MUNIF HIJJAZ terbaru DI PASARAN (klik)

MAKLUMAT SAHABAT ILMU STORMREADERS (klik gambar)

Sunday, March 21, 2010

FORUM MINI EHWAL ISLAM


Al-Fadhil ustaz Roslan Che Ros sedang memberi input-input berguna kepada hadirin



sorotan pandangan dari kamera pengerusi majlis ( Ana le, takkan nak ambil gambar sendiri kot?)


ceramah bertenaga dari ustaz Muzammil

alhamdulillah forum malam tu mantap gandingan dua panel hebat, ustaz Roslan Che Ros dari pulau pinang dan Ustaz Ahmad Muzammil dari Jaipk Perak.

hadirin tak kering gusi dengan kecindan pedas tambah 3 rasa dari ustaz Roslan dan semangat membara melalui penyampaian ustaz Muzammil.

ada pantun dari penegerusi pulak :
buah pauh dari permatang
masak sebiji di atas peti
dari jauh ahli panel datang
berjumpa tuan yang baik hati.

forum malam tu bincang pasal keruntuhan akhlak muda-mudi zaman kini ( termasuk le tua- tui tak sedor diri).
muqaddimah ustza roslan cerita pasal akhlak secara umum, ustaz Muzamil sambung aklak rasul terdahulu. ustaz roslan sambung punca jadi masalah. ustaz muzamil tutup dengan cara nak selesai.
Rasulullah juga sumber ikutan dan ikon untuk selesaikan masalah.

Ya Allah, Kami Cinta, Kami Kasih, Kami Rindu Padamu. masukkan kamu bersama Zumrahmu Ameen

Thursday, March 11, 2010

Syekhul Azhar Kembali Ke RahmatuLlah



syeikhul Azhar Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung Di Riyadh, Arab Saudi

Sheikhul al Azhar, al Imam Prof.Dr Mohamed Sayyid at Tantawi meninggal dunia pada pagi Rabu di Arab Saudi akibat serangan jantung yang begitu kritikal, di waktu usianya menjangkau 82 tahun.

Serangan mengejut telah menimpa Sheikhul Azhar sepanjang keberadaan beliau di Lapangan Terbang al Malik Khaled Antarabangsa, Riyadh untuk melakukan perjalanan pulang ke Kaherah. Ketika Allahyarham berangkat segera menuju ke hospital beliau telahpun menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Allahyarham di sana sedang melakukan lawatan rasmi menemui wakil Kerajaan Saudi untuk menghadiri Majlis Penganugerahan Raja Faisal kepada beliau berikutan khidmatnya kepada Islam di mana Allahyarham termasuk salah seorang penerima anugerah tersebut pada tahun ini.

Allahyarham yang juga merupakan Sheikhul Azhar, lahir pada 28 Oktober 1928 di sebuah desa Salim as Syarqiyyah berpusat di daerah Tama, Soohaj. Beliau telah belajar dan menghafaz al Quran di kota Iskandariah.

Allahyarham menerima gelaran doktor dalam ilmu hadith dan tafsir pada tahun 1966 dengan pangkat kepujian (mumtaz), kemudian beliau bekerja sebagai tenaga pengajar di kuliah Fakulti Usuluddin, dan seterusnya ditugaskan mengajar di negara Republik Arab Libya selama 4 tahun. Selepas itu, beliau bekerja sebagai dekan bagi Pengajian Pasca-sarjana Universiti Islam di Madinah.

Kemudian Prof.Dr Mohamed Sayyid at Tantawi dipilih menjadi Mufti Kerajaan Mesir pada tanggal 28 Oktober 1986, dan menduduki menduduki jawatan tersebut sehinggabeliau dilantik menjadi Sheikhul al Azhar pada tahun 1996.


Beliau merupakan salah seorang ilmuan al Azhar yang tersohor yang begitu sarat dengan pengalaman ilmu pengetahuannya, terutamanya dalam bidang tafsir.

Walau bagaimanapun, di sana ada pendirian-pendirian beliau mengenai isu politik yang tidak disepakati dasarnya, ini kerana perkara politik lebih mendominasi praktikal dan saintifik dalam kehidupannya.

Sumber Terjemahan

Semoga Allah merahmati beliau, al Fatihah...

Baca Sumber lain di sini

== ana sempat bermusafahah (berjabat Salam) dengannya beberapa kali termasuk ketika membawa rombongan TyT Pulau Pinang bersama delegasi melawat ke pejabatnya di Mesir.
moga segala jasanya mendapat redha Allah.
Allah mengangkat Ilmu dengan mematikan ulama. ilmunya tak dapat kita nak transfer melalui blotooth lg.
ada cd, kaset, kitabnya yang boleh kita tatap. tu pun kalau mahu belajar..

Ya Allah Faqihkan kami Dengan Agama, Alimkan kami Takwil. Ameen


Tejemahan : Qutuz's Legacy Chronicle

Tuesday, March 09, 2010

bersama ustaz ZAHAZAN

beberapa gambar kenangan yang sempat di snp masa pelancaran STORMREADERS di pulau pinang.


bersemangat mengembalikan kegemilangan umat berilmu dengan cara dakwah dan baca

penyampaian ilmu yang memberi kesan mendalam pada para hadirin

Monday, March 08, 2010

pelancaran STORMREADERS zon utara

alhamdulillah, dapat juga ana hadir ke palancaran stormreaders peringkat utara di dewan seri endon. walau agak lambat, namun peluang berharga bersama teman-teman lain amat bermakna. dan yang lebih istimewa, Ustaz Zahazan hadir dan memberi taujihat dan rangsangan supaya kuat brdakwah dalam bidang ilmu dan agama islam

kesempatan masa yang lain insya Allah ana akan muat turun beberapa mutiara katanya yang bersandar al-Quran serta hadis.

em ana pun dapat no telefon PA ustaz Zahazan. nanti boleh jemput ke Bagan Serai.

Ya Allah Tambahkan Ilmu yang bermanfaat kepada kami. Ameen

Wednesday, March 03, 2010

majalah SOLUSI terkini



Alhamdulillah, majalah hebat SOLUSI yang penuh bahan ilmiah sudah berada di pasaran, Al-Quran,Tafsir, Hadis,feqh, Tasauf, bimbingan, soal jawab dan lain-lain amat diminati pembaca yang dahagakan ilmu dalam bentuk persembahan baru segar dan menawan hati

Bagi yang baru diperkenalkan dengan majalah ini terus tertarik hati,terpegun dan terus keluarkan wang dari kocek untuk sahmilik SOLUSI.

Ada yang terpacul dari mulut "laa, dah banyak kali keluar rupanya!" tak tau pun.
emm yang lain jangan ketinggalan terus mai langgan. perkhidmatan penghantaran disediakan, hehe. better late than never, eh sulam bahasa inggeris pulak.

bagi yang nak tolong dakwah dengan bahan bacaan ni pun boleh hubungi ana untuk urusan seterusnya. maklumlah nak dakwah dengan lisan kita tak mampu, dakwah bagi @ jual majalah pun dapat dua, pahala dan laba. biar halal

ust Yazid
0195599798

Ya Allah Faqihkan Kami dengan DEEN . Ameen

Monday, March 01, 2010

CINTA RASUL



kita tak pernah bersua dengan Baginda, tak pernah tatap wajahnya, tak pernah dengar suaranya, tak pernah bersama Baginda. tiada yang mampu gambarkan wajahnya,tiada dalam album sesiapa, tiada yang merakam suaranya, tiada rakaman perilaku baginda kecuali kita kenali baginda dengan perkhabaran ulama.

tapi, kalau tak dengar dari ulama, atau ustaz- ustazah di tempat pengajian, mana nak kenal Baginda? bagaimana kita cinta Baginda? bagaimana nak kasih Baginda?

ngajilah, dengarlah kuliah, sertailah ceramah, bacalah sirah. carilah ibrah (pedoman).

Ya Allah campakkan cinta kasihku kepada RasulMu. Ameen.

" Sesungguhnya Yang Halal dan Yang Haram Itu Nyata "

AMARAN

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP