MARHABAN YA MARHABAN

PEWANGI MUNIF HIJJAZ terbaru DI PASARAN (klik)

MAKLUMAT SAHABAT ILMU STORMREADERS (klik gambar)

Wednesday, September 30, 2009

MUNAJAT SELEPAS RAMADHAN

segala puji bagi Allah, tuhan sekelian Alam
selawat dan salam kepada Nabi Junjungan, serta Ahli keluarga dan sahabat
ya Allah ya tuhan kami
Selama sebulan kami berpuasa, menahan lapar dan dahaga, dan perkara membatalkan puasa, serta menjaga pancaindera, serta taat pada Allah Azza Wajalla, maka berilah kami kekuatan untuk berpuasa sunat selepas ramadhan ini.
selama sebulan menahan makan disiang hari walau halal sebelum ini, maka berilah kekuatan kepada kami menahan diri dari makan benda yang haram lagi keji selepas dari bulan ramadhan ini sepanjang hidup kami
Setelah ratusan solat sunat tarawih kami laksanakan sepanjang bulan ramadhan , kurniakan lah kami kekuatan yang sama untuk kami solat sunat di bulan-bulan yang lain
Ya Allah Ya Alim
Setelah ribuan ayat Al-Quran kami baca dan tadarus sepanjang bulan Ramadan, maka kurniakanlah kami kekuatan yang sama untuk kami terus membaca, memahami Ayat suci-Mu sepanjang masa, siang dan malam, sepanjang hidup kami.
Ya Allah Ya Ghani
Setelah banyak wang sedekah, wakaf, derma kami sumbangkan kepada fakir miskin, anak yatim sepanjang bulan Ramadhan, maka kurniakanlah kami rezki yang melimpah ruah supaya kami terus menabur budi selepas bulan ramadhan ini sepanjang hidup kami.
Ya Allah Ya Thohir
Setelah kami keluarkan zakat fitrah semasa bulan Ramadhan untuk mensucikan harta benda kami, maka kurniakanlah kepada kami hasil pencarian yang halal dan baik serta berkat selepas dari bulan Ramadhan ini sepanjang hidup kami.
Setelah hati kami terpaut dengan masjid menunaikan ibadah padaMu dengan iktikaf, solat fardu dan sunat, serta pengajian ilmu, maka eratkanlah hati kami supaya sentiasa berterusan hadir dimasjid selepas bulan Ramadhan sepanjang hidup kami.
Ya Tawwab
Setelah ribuan istigfar dan kata taubat kami lafazkan sepanjang masa di bulan Ramadhan, serta linangan air mata sesasalan berlinangan, maka jadikanlah kami hamba Mu yang kekal dengan taubat nasuha sepanjang usia kami.
Setelah berterusan tahajjud, hajat, tasbih dan taubat serta witir kami dirikan sepanjang Ramadhan, maka kurniakanlah jua kekuatan pada kami meneruskannya di bulan lain selepas Ramadhan.
amen, amen, amen ya Rabbal A'lamin.

Friday, September 25, 2009

BERHARI RAYALAH DENGAN SELAMAT

Saje je teman letakkan tajuk tu, bukan apa , biasanya orang akan ucap Selamat Hari Raya, Teman nak ucap pula Berhari raya dengan selamat. sebab apa? ramai yang lupa nak beraya dengan selamat. beraya dalam maksiat.Ziarah rumah handai taulan, saudara mara tak ikut adab Islam. main redah tak kira waktu, makanan yang ada sapu semua, sampai sendat baju raya, seluar raya, kain raya. dah nak balik jabat salam tak kira mahram atau yang haram.
segala ibadah dalam bulan Ramadhan umpama habis langsung. tak ada kesan dalam diri sepanjang mnejalani ibadah didalamnya. jangan jadi gerombolan Ramadhan, beribadah bagai nak rak, lepas tu tiada kesinambungan lagi. jangan jadi hamba Ramadhan, jadilah hamba Allah selamanya.
ingatlah, Tuhan Syawal adalah Tuhan di Bulan Ramadhan juga

Wassalam
Minal A'idin wal Faizin
KULLU AM WA ANTUM BIKHAIR

Wednesday, September 16, 2009

PERINGATAN DARI BARAAH


yang dikejar manusia

Malam tadi dapat peluang bersama sahabat-sahabat bertadarus bersama di masjid. buat aktiviti tambah amal malam-malam penghujung ramadan. Alhamdulillah dapat juga khatam. bukannya khatam bacaan seluruh ayat Al-Quran tu , tapi habis tadarus surah Baraah.- Surah Baraah? - surah apa tu? x- emm itu nama lain bagi surah At Taubah. - oo yeke. x- ye lee. taktau ?

ayat yang ana petik kat bawah ni merupakan ayat yang menceritakan sifat orang munafik, bacalah..

DAN DIANTARA MEREKA ADA YANG TELAH BERIKRAR KEPADA ALLAH. ; SESUNGGUHNYA JIKA ALLAH MEMBERIKAN SEBAHAGIAN KURNIA-NYA KEPADA KAMI, PASTILAH KAMI AKAN BERSEDEKAH DAN PASTILAH KAMI MASUK DALAM GOLONGAN ORANG YANG SALEH (75)
MAKA SETELAH ALLAH MEMBERIKAN SEBAHAGIAN DARI KURNIA-NYA MEREKA KIKIR DENGAN KURNIA ITU DAN BERPALING, DAN MEREKA MEMANGLAH DARI KALANGAN ORANG YANG MEMBELAKANGI (KEBENARAN) (AT-TAUBAH 76)
Ana baca dalam Tafsir Muner tulisan Prof Dr Wahbah Zuhaily. dia cerita kisah sabab nuzul ayat ini tentang seorang sahabat yang didakwa sebagai Tsa'labah bin Abi Hatib yang minta Rasulullah berdoa supaya Allah kurnia harta padanya dan berjanji akan memberi hak kepada yang berhak jika mendapat harta kekayaan, lalu didoakan untuknya hingga jadi jutawan kaya raya hingga lupa solat bersama . dan apabila diminta keluarkan zakat dia perli pemungut zakat hingga menimbul kemarahan Rasulullah. setelah menyesal dia pergi jumpa Rasul untuk tunai zakat tetapi Rasul enggan terima . namun cerita ini tidak benar kata Prof Dr Wahbah. tapi cerita ni masyur dikalangan ahli tafsir namun tidak benar dari pandangan muhaddisin ( Pakar Hadis )sebab Tsa'labah merupakan ahli badar.
Dhahhak kata ; ayat ni turun pada lelaki-lelaki Munafik : Nabtal bin Alharis, Wajad bin qais, dan Muattab bin Qusair.


Ala kulli hal , ini ciri munafik, mereka ikrar masa miskin, masa tak cukup makan, masa takde duit lebih, cita-cita nak sumbang pada fakir miskin, fuqara, orang yang memerlukan dan untuk perjuangan Islam.
bila dah mula berjaya dengan kenaikan gaji,bonus masyuk, naik pangkat, ada kekuasaan, lupa ikrar dan cita-cita
bila dah mula berjaya berniaga, MLM sampai CDM ke, ape ke, sawit dah berladang-ladang, sawah padang luas terbentang, saham syarikat terus berkembang, lupa dah janji nak sodaqah, zakat, sumbangan, derma dan lain-lain, kalau ada pun sekodar je. lagi malang kalau jadi haj bakheel, lebai bakheel, ustaz bakheel, dan yang seangkatan dengan nya.
nauzubillah min zalik. beringat lah wahai tuan yang empunya diri ini.


HaDiAh HaRi RaYa


Hadiahkan buku ini untuk teman anda !

Tuesday, September 15, 2009

BERSAHUR OK SOLAT SUBUH KO


sempat lagi solat tahajud sementara nak tunggu maidatus sahur (juadah sahur) disiapkan. sementara nak jerang air, panaskan kuah dan lauk pauk, sementara nak rebus telur asin. tapi yang terbalik kes mata dok mamai tapi jumpa juga tangan dengan lubang mulut untuk di suap. tak pula terbabas ke hidung ke, telinga ke atau ketempat lain. dah habis soru terus sampai ke tempat pembaringan semula, malang... yang sunat diutamakan yang wajib ditinggalkan

" Sesungguhnya Yang Halal dan Yang Haram Itu Nyata "

AMARAN

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP