MARHABAN YA MARHABAN

PEWANGI MUNIF HIJJAZ terbaru DI PASARAN (klik)

MAKLUMAT SAHABAT ILMU STORMREADERS (klik gambar)

Wednesday, September 30, 2009

MUNAJAT SELEPAS RAMADHAN

segala puji bagi Allah, tuhan sekelian Alam
selawat dan salam kepada Nabi Junjungan, serta Ahli keluarga dan sahabat
ya Allah ya tuhan kami
Selama sebulan kami berpuasa, menahan lapar dan dahaga, dan perkara membatalkan puasa, serta menjaga pancaindera, serta taat pada Allah Azza Wajalla, maka berilah kami kekuatan untuk berpuasa sunat selepas ramadhan ini.
selama sebulan menahan makan disiang hari walau halal sebelum ini, maka berilah kekuatan kepada kami menahan diri dari makan benda yang haram lagi keji selepas dari bulan ramadhan ini sepanjang hidup kami
Setelah ratusan solat sunat tarawih kami laksanakan sepanjang bulan ramadhan , kurniakan lah kami kekuatan yang sama untuk kami solat sunat di bulan-bulan yang lain
Ya Allah Ya Alim
Setelah ribuan ayat Al-Quran kami baca dan tadarus sepanjang bulan Ramadan, maka kurniakanlah kami kekuatan yang sama untuk kami terus membaca, memahami Ayat suci-Mu sepanjang masa, siang dan malam, sepanjang hidup kami.
Ya Allah Ya Ghani
Setelah banyak wang sedekah, wakaf, derma kami sumbangkan kepada fakir miskin, anak yatim sepanjang bulan Ramadhan, maka kurniakanlah kami rezki yang melimpah ruah supaya kami terus menabur budi selepas bulan ramadhan ini sepanjang hidup kami.
Ya Allah Ya Thohir
Setelah kami keluarkan zakat fitrah semasa bulan Ramadhan untuk mensucikan harta benda kami, maka kurniakanlah kepada kami hasil pencarian yang halal dan baik serta berkat selepas dari bulan Ramadhan ini sepanjang hidup kami.
Setelah hati kami terpaut dengan masjid menunaikan ibadah padaMu dengan iktikaf, solat fardu dan sunat, serta pengajian ilmu, maka eratkanlah hati kami supaya sentiasa berterusan hadir dimasjid selepas bulan Ramadhan sepanjang hidup kami.
Ya Tawwab
Setelah ribuan istigfar dan kata taubat kami lafazkan sepanjang masa di bulan Ramadhan, serta linangan air mata sesasalan berlinangan, maka jadikanlah kami hamba Mu yang kekal dengan taubat nasuha sepanjang usia kami.
Setelah berterusan tahajjud, hajat, tasbih dan taubat serta witir kami dirikan sepanjang Ramadhan, maka kurniakanlah jua kekuatan pada kami meneruskannya di bulan lain selepas Ramadhan.
amen, amen, amen ya Rabbal A'lamin.

No comments:

" Sesungguhnya Yang Halal dan Yang Haram Itu Nyata "

AMARAN

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP