MARHABAN YA MARHABAN

PEWANGI MUNIF HIJJAZ terbaru DI PASARAN (klik)

MAKLUMAT SAHABAT ILMU STORMREADERS (klik gambar)

Friday, January 29, 2010

RACUN

Baru-baru ni ana hadir kursus tanam semula getah ke sawit di satu hotel di area Taiping. dapatlah maklumat dan ilmu baru dalam dunia baru ana, nak ceburi dunia perkebunan sawit. kalau di ikutkan , bagi yang punyai tanah yang kurang banyak ni digelar pekebun kecil lah. sempat juga berkenalan dengan peserta kursus yang lain, bila diajukan soalan ada berapa ekar tanah yang nak diusahakan? rata-rata yang jawab 5 hingga dan ekar. bila ana pulak yang ditanya berapa ekar, hehe senyum dulu, ada le seekar lebih, itupun tanah arwah Ayahanda yang dia dapat dari Ayahandanya dulu. sampai pada kami 7 beradik. nak tunggu hasil durian dan getah tua dan tak ekonomi. pakat adik beradik nak usaha sawit. adik yang bongsu ni le yang kena uruskan.

Menarik slot tentang racun, yang diguna untuk mengawal rumpai. tujuan racun lagi ialah untuk beri peluang pada pokok membesar dengan baja yang baik tanpa "dicuri" oleh rumpai. selain tu nak bagi pokok subur. Masa dia terangkan tu teringat soal orang ajak buat baik yang diumpamakan menanam pokok, disiram dibaja, diracun dari segala rumpai, untuk tujuan pokok jadi baik, subur,elok. tapi ada pula tangan lain atau kambing, lembu orang lepaskan untuk ,menjahanamkan tanaman yang kita jaga. masa kita nak jaga, ada pulak tangan yang cuba cantas, adakala kita racun nak jaga rumpai, ada juga tangan yang racun pokok nak bagi mati. itulah mehnah dakwah. kalau takut usaha kita nak pastikan pokok kita berbuah tapi takut cabaran orang yang nak matikannya, jangan sampai kita fikir baik tak payah tanam langsung.

Ya Allah, jadikanlah diri kami seumpama pokok yang dibaling batu tetapi memberi buah pada orang yang membalingnya. Ameen

Thursday, January 14, 2010

Tambah Ilmu


E-STORE YANG BARU ANA BUKA UNTUK JADI PENGEDAR BUKU-BUKU TERBITAN TELAGA BIRU





sila ziarah kedai buku online ana,
maklumle dunia canggih la ni, masa tak banyak nak ke kedai buku, ana tawarkan khidmat untuk antum . sila lah sila

http://www.stormreaders.net/System/eCommerce/index.aspx

Tuesday, January 05, 2010

ops 2010 Taiping


lama betul ketuk pintu bilik ni. buat apa tu weh?

malam tahun baru 2010 ada sahabat ajak ikut operasi di taiping. mula jam 10 malam semua kumpul dilokasi yang ditetapkan. ada jamun sikit. lepas tu rondaan mengikut kumpulan, group ana naik van dan terus ambil orang yang dah pun ditahan polis dan rela di satu tempat. ada dua pasang remaja. alahai..

jam 1 pagi lepas taklimat, semua group berpecah dan menuju destinasi masing-masing, sasarannya hotel dan rumah tumpangan. banyak nak cerita tapi cukup le intro ni je. 8 pasang ditahan dan yang lainnya hanya diberi kaunseling. yang ditahan termasuk le seorang perempuan warga indonesia. sape berani jamin? kalau dia cabut lari penjamin kena bayar 3000. sanggup? berhati-hati.

tahun baru kena pesta ke? buat benda lain tak boleh?

Ya Allah jadikan tahun ini lebih baik dari tahun lalu. Ameen

" Sesungguhnya Yang Halal dan Yang Haram Itu Nyata "

AMARAN

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP