MARHABAN YA MARHABAN

PEWANGI MUNIF HIJJAZ terbaru DI PASARAN (klik)

MAKLUMAT SAHABAT ILMU STORMREADERS (klik gambar)

Tuesday, June 27, 2006

berhenti sejenak merangka strategi

tak berhenti, tapi tangguh seketika sebab cc kat ofis ada masalah ... nanti kita teruskan langkah

salam hormat
yazid

Friday, April 14, 2006

Kelahiran Rasulullah S.A.W membawa petunjuk

Rasulullah S.A.W telah meninggalkan kita 1437 tahun yang lalu. Kita tidak pernah melihat wajah Baginda. Tidak juga melihat akhlak terpujinya, tidak pernah mendengar kata-kata kebenaran yang keluar dari mulutnya, tidak pernah bertutur dengannya. Hanya melalui penulisan dan penceritaan ulama yang diambil daripada para sahabat Radiallahu Anhum sampai kepada kita.

Baginda dilahirkan pada 12 Rabiul Awwal 570 Masihi dari keluarga dan kaum yang terpilih serta mulia keturunannya. Bapa Baginda, Abdullah bin Abdul Muthalib merupakan seorang pemuda yang berakhlak mulia. Ibunya, Aminah juga merupakan perempuan yang bermaruah dan baik.

Baginda kehilangan kasih sayang ibu bapa semasa Baginda masih kecil. Baginda tidak pernah melihat wajah ayahnya. Manakala ibunya pula meninggal dunia semasa Baginda berumur 6 tahun. Jadilah Baginda anak yatim piatu. Namun Baginda tidak keseorangan. Datuk dan bapa saudaranya mengambil alih urusan mendidik dan menjaga Baginda.

Usia remaja Baginda diisi dengan perkara yang berfaedah. Baginda tidak seperti remaja yang lain yang hanya mahu bergembira. Baginda merupakan remaja yang bertanggungjawab dan tahu berdikari. Baginda mengambil upah menternak kambing untuk membantu bapa saudaranya Abu Talib. Baginda juga berniaga dan pernah mengikuti rombongan niaga ke Syam.

Peribadi dan akhlak mulia Baginda S.A.W menjadi sebutan ramai, Baginda sangat amanah. Sopan santun dan berbudi mulia. Baginda digelar Al-Amin yang bererti Orang yang amanah dan jujur. Pernah suatu ketika Baginda menyelesaikan masalah besar yang hampir membabitkan peperangan sesama Qabilah. Keputusan yang dihakimi oleh Rasulullah itu sangat tepat dan adil serta memuaskan hati semua pihak. Perkara itu membuatkan Baginda semakin dihormati dan disanjungi.

Ketika berusia 40 tahun, Baginda mula menyendiri dan bertafakur di gua Hira’. Sehinggalah pada bulan Ramadhan turun wahyu pertama dari Surah Al-Alaq yang dibawa oleh Malaikat Jibril Alaihi Salam. Penurunan Wahyu ini mengesahkan perlantikan Baginda Sebagai Nabi dan Rasul Allah.

Selepas itu bermulalah tugas Baginda untuk menyampaikan petunjuk dan jalan kebenaran mengEsakan Allah Taala.

Baginda menghadapi pelbagai ujian dan cabaran untuk menyampaikan dakwah Islamiah. Baginda pernah ditawarkan harta benda, pangkat kedudukan dan wanita. Tetapi semua itu tidak menarik minat Baginda. Baginda menolaknya dengan sabda Baginda : sekiranya mereka meletakkan matahari di sebelah kananku dan bulan di sebelah kiriku agar aku tinggalkan urusan agama ini, nescaya aku tidak akan meninggalkannya.

Setelah tawaran itu ditolak oleh Baginda, kaum Musyrikin mengambil pendekatan keras dengan tujuan untuk melemahkan dakwah Baginda. Rasulullah pernah diancam bunuh, dipenjara dan buang daerah, tetapi perancangan Allah melepaskan Baginda dari ancaman itu.

Setelah berhijrah ke Madinah, sinar Islam terus berkembang dengan pesat. Semakin ramai yang memeluk Islam. Semakin luas kawasan yang ditadbir oleh Baginda. Lalu makin tersebar keamanan dan kesejahteraan.

Kehadiran Rasulullah ke muka bumi membawa rahmat kepada semua. Perkara ini diperjelaskan oleh Allah Taala dalam Firman-Nya Tidaklah Aku utuskan engkau (Muhammad) melainkan sebagai rahmat ke seluruh alam.

Rahmat yang dibawa oleh Baginda bukan sahaja terhad kepada manusia pada zaman dahulu sahaja malahan turut dirasai oleh manusia selama-lamanya sama ada yang beriman ataupun tidak. Rahmat itu juga dirasai oleh semua makhluk di bumi ini.

Mengenang kembali hari kelahiran Baginda S.A.W. ini marilah kita kembali merenungi Sirah Nabi dan mengambil tauladan serta pedoman yang ditinggalkannya. Marilah sama-sama kita bersyukur dan berterima kasih kerana turut sama mendapat nikmat Islam yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad.

Buktikan kecintaan kita kepada Allah dan Rasul dengan mentaati suruhan dan menjauhi segala larangan. Berdoalah agar kita akan dihimpunkan dan bertemu dengan Rasulullah di Syurga kelak. Ameen

Risalah ini menjadi edaran di KOLEJ TEKNOLOGI MULIA ANTARABANGSA, Taiping

Friday, April 07, 2006

solat

Solat merupakan satu ibadah yang telah ditetapkan oleh Allah kepada hamba-hambaNya yang beragama Islam. Perintah ini diterima oleh Nabi Muhammad S.A.W ketika peristiwa Isra’ Dan Mikraj.

Apabila arahan ini disampaikan kepada umat Islam maka mereka mula bersolat mematuhi perintah Allah Taala. Namun mereka terpaksa bersolat dengan cara sembunyi dan ditempat tertutup kerana bimbang perbuatan mereka akan dilihat dan diganggu oleh orang Musyrikin. Walaubagaimanapun selepas Umar Al-Khattab memeluk Islam, orang Musyrikin Mekah tidak lagi berani mengganggu Ibadah orang Islam.

Ibadah Solat amat diambil berat oleh Rasulullah, bahkan solat adalah rukun Islam yang kedua. Rasulullah menggambarkan bahawa Solat ini adalah tiang agama seperti sabdanya :
Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat maka sesungguhnya dia telah mendirikan agama. Sesiapa yang meninggalkannya (solat) maka ia telah meninggalkan agama.

Solat merupakan cara untuk kita mendekatkan diri kepada Allah Taala. Dengan bersolat, seolah kita berkomunikasi dengan Tuhan kita. Setiap bacaan dalam solat merupakan doa dan tasbih kepada Allah. Solat juga dapat menenangkan hati yang duka lara. Selain dari itu, solat juga dapat menjadi pendinding diri dari melakukan kemaksiatan. Firman Allah Taala : dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan munkar.
Solat perlu dilaksanakan pada masanya. Allah telah menentukan waktu yang khusus untuk setiap solat. Maka kita perlu mengikuti dan melaksanakan pada waktunya. Solat pada bukan masanya adalah tidak sah. Sebaik-baik solat ialah pada awal waktu.
Allah memberi 27 ganjaran pahala bagi orang yang mendirikan solat secara berjamaah atau berkumpulan. Sedangkan orang yang solat bersendirian hanya mendapat satu pahala sahaja. Pahala akan bertambah dengan kedudukan kita pada saff yang paling hadapan dan solat yang khusyuk.

Disamping menyediakan pahala bagi yang solat, Allah juga menjanjikan azab kepada orang yang meninggalkannya. Antara azab yang akan ditimpakan keatasnya ialah hilang keberkatan umur, hilang tanda orang soleh dan doa tidak diterima. Manakala ketika matinya pula akan diseksa sehingga sampai hari kiamat.

Melihat kepada suasana ketika ini umat Islam mula lalai dan cuai dalam menjalankan kewajipan solat. Mereka mengambil mudah urusan solat ini. Ada yang hanya menunaikan solat Jumaat dan ada yang hanya solat dua kali setahun. Ada juga yang tidak tahu lansung untuk bersolat. Begitu malang orang yang mengaku Islam tapi tidak tahu solat. Akibatnya hidup tidak ada keberkatan, hati penuh kecelaruan, fikiran kusut, kelakuan tidak sopan. Perkara ini adalah akibat meninggalkan ibadah yang sepatut nya dilakukan oleh seorang muslim.

Sementara nyawa masih dikandung badan, ruang untuk kembali melunaskan hutang solat kepada Allah masih terbuka. Solat yang pernah ditinggalkan sama ada sengaja atau tidak perlu diganti segera. Hutang ini tidak akan lupus dan akan ditanya apabila mengadap mahkamah Agung Allah dipadang mahsyar kelak.

Monday, March 20, 2006

perjanjian Hilf Fudhul

590 Masihi
Zulkaedah

Qabilah -qabilah Quraisy dijemput menghadiri Perjanjian Hilful Fudhul. mereka berhimpun di di rumah Abdullah bin Jud'an bin Amru. rumahnya dipilih kerana menghormati kemuliaan yang ada padanya dan usianya. antara Qabilah yang turut serta ialah dari Bani Hashim, Bani Muthalib, Asad bin Abdul Uza, Zuhrah bin Kilab dan Taim bin Murrah. mereka bersepakat supaya menjaga Mekah dan tidak membenarkan ada kezaliman berlaku sama ada penduduk atau orang yang memasuki Mekah
Nabi Muhammad juga berkesempatan untuk menyaksikan perjanjian itu ketika itu umur Baginda 20 tahun

Perang Fijar

585 Masihi
Zulqaedah
Berlaku perang Fijar (Perang Penyelewengan) antara bani Kinanah bersama Quraisy menentang Bani Hawazin. Perang ini terjadi akibat perselisihan berkaitan dengan perniagaan.

Semasa perang berlaku Rasulullah turut terlibat dengan membantu mengutip anak panah musuh dan diberikan kepada bapa saudaranya untuk digunakan semula menyerang musuh.

Thursday, March 09, 2006

576 Masihi
Ibu Rasulullah S.A.W membawanya menziarahi kubur bapa baginda di Yathrib sambil melawat saudara mara sebelah datuk di sana selama sebulan. ketika itu Baginda baru berumur 6 tahun. Dalam perjalanan pulang ibunya gering dan meninggal dunia di Abwa'. selepas selesai urusan pengkebumian ibunya, Baginda dibawa pulang ke Mekah oleh Ummu Aiman. tugas memelihara Baginda dipikul oleh datuknya iaitu Abdul Muthalib.

578 masihi

Datuk Baginda meninggal dunia ketika umur Baginda 8 tahun. Abi Talib pula mengambil tanggungjawab menjaga Baginda.

582 Masihi

kedudukan ekonomi Abi talib tidak kukuh. beliau memerlukan belanja yang banyak untuk menyara ahli keluarganya yang ramai. untuk mengatasi masalah itu, Abi Talib mengajak Baginda untuk turut sam menyertai rombongan dagang ke Syam (Syiria). Ketika sampai di satu tempat yang bernama Busra, mereka terjumpa seorang rahib Yahudi yang mengenali tanda kenabian pada diri Baginda. Beliau menasihatkan supaya Abi Talib tidak membawa Baginda memasuki Syam kerana akan keselamatan Nabi.
Baginda meneruskan zaman remajanya dengan mengambil upah menggembala kambing penduduk Mekah sehingga dewasa. Baginda juga berjinak-jinak dengan dunia perniagaan dan berkongsi niaga bersama Saib bin Abi Saib.

Monday, February 27, 2006

Isnin, 12 Rabiul Awal.571 masihi.
Nabi Muhammad dilahirkan. Tahun kelahiran Nabi ini digelar tahun gajah kerana berlaku serangan Abrahah bin Asyram dari Yaman yang menggunakan tentera bergajah untuk merobohkan Kaabah.
19 Rabiul Awal,
Abdul Mutallib (datuk Nabi) mengadakan jamuan untuk meraikan kelahiran Baginda. Abdul Uzza (abu lahab) pula memerdekakan hamba kesayangannya kerana terlalu gembira menyambut kelahiran anak saudaranya itu.
Disusui pada awalnya oleh Suwaibah, hamba yang baru dimerdekakan oleh Abdul Uzza.
Tinggal menyusu di perkampungan Bani Saad. kebiasaan orang Quraisy memberi anak mereka untuk menyusu di perkampungan kerana akan dapat menyihatkan badan anak mereka, fasih lidah dan bebas dari percampuran bahasa.
Pengkaji sejarah menyatakan ketika itu perkampungan Bani Saad menghadapi kemarau teruk. Namun, apabila Nabi dibawa masuk kesana, keadaan mula berubah.binatang peliharaan mereka mula gemuk, tumbuhan menjadi subur dan menghasilkan buah yang banyak.
574 masihi
ketika Baginda bermain bersama teman-temannya, datang dua malaikat membelah dada Nabi. Halimah Assa'diah yang diberitahu tentang perkara itu menjadi bimbang dan menghantarnya pulang ke Mekah. ibu Baginda sekali lagi menghantar Baginda untuk berada di perkampungan Bani Saad selepas itu.

Friday, February 24, 2006

Pengenalan Rasulullah S.A.W

Rasulullah S.A.W pernah bersabda : Sesungguhnya Allah telah memilih Kinanah di antara anak-anak Ismail, dan dipilihnya Quraisy dari Kinanah, dan Hashim dari Quraisy, dan dipilihnya saya dari Bani Hashim
Keturunan Rasulullah S.A.W adalah seperti berikut : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutallib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Nadhiri bin Kinanah Bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Muadh bin Adnan.
Manakala ibunya bernama Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf bin Zahrah bin Kilab bin Murrah.
Abdullah bin Abdul Mutallib Mengahwini Aminah, seorang perempuan Quraisy yang terbaik keturunannya serta mulia. Tidak lama selepas pernikahan mereka berdua, Abdullah berangkat menuju ke Syam bersama rombongan untuk berniaga. dalam perjalanan pulang beliau meninggal dunia dan dikuburkan di Yathrib. ketika itu Aminah sedang mengandungkan Nabi Muhammad.
Apabila Nabi dilahirkan, datuknya Abdul Mutallib menamakan cucunya itu dengan nama Muhammad. Nama itu tidak pernah digunakan oleh orang arab Quraisy masa itu. Apa bila ditanya tentang nama itu lantas ia menjawab supaya cucunya nanti akan dipuji dilangit dan dibumi.

" Sesungguhnya Yang Halal dan Yang Haram Itu Nyata "

AMARAN

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP