MARHABAN YA MARHABAN

PEWANGI MUNIF HIJJAZ terbaru DI PASARAN (klik)

MAKLUMAT SAHABAT ILMU STORMREADERS (klik gambar)

Friday, February 24, 2006

Pengenalan Rasulullah S.A.W

Rasulullah S.A.W pernah bersabda : Sesungguhnya Allah telah memilih Kinanah di antara anak-anak Ismail, dan dipilihnya Quraisy dari Kinanah, dan Hashim dari Quraisy, dan dipilihnya saya dari Bani Hashim
Keturunan Rasulullah S.A.W adalah seperti berikut : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutallib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Nadhiri bin Kinanah Bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Muadh bin Adnan.
Manakala ibunya bernama Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf bin Zahrah bin Kilab bin Murrah.
Abdullah bin Abdul Mutallib Mengahwini Aminah, seorang perempuan Quraisy yang terbaik keturunannya serta mulia. Tidak lama selepas pernikahan mereka berdua, Abdullah berangkat menuju ke Syam bersama rombongan untuk berniaga. dalam perjalanan pulang beliau meninggal dunia dan dikuburkan di Yathrib. ketika itu Aminah sedang mengandungkan Nabi Muhammad.
Apabila Nabi dilahirkan, datuknya Abdul Mutallib menamakan cucunya itu dengan nama Muhammad. Nama itu tidak pernah digunakan oleh orang arab Quraisy masa itu. Apa bila ditanya tentang nama itu lantas ia menjawab supaya cucunya nanti akan dipuji dilangit dan dibumi.

5 comments:

Anonymous said...

nama "muhammad"...rasa cam pernah dgr nama tu pun ada cerita kn?..tak silap,ada suara yg suruh namakn "muhammad"..ulas sket takut saya silap..jzkk

Anonymous said...

assalamualaikum ustaz yazid..
alhamdulillah..seronok dan terharu kami buka blog sirah ni..teruskan ustaz..insyaAllah kami akan terus menjadi pengunjung setia..dan ramai lagi insyaAllah..semoge terus diberi kekuatan & ilham dariNya..JZKK

Anonymous said...

alhamdulillah...
saya berasa sungguh seronok apabila dapat membaca dan menghayati sirah yang disampaikan oleh wahai hamba ALLAH ini..dengan ini, saya berharap hamba ALLAH ini dapat meneruskan untuk menyampaikan sirah-sirah yang seterusnya sebagai teladan kepada umat-umat sekalian diatas muka bumi ini..wassalam

Anonymous said...

Saya suka ayat ini sehingga saya buat folio agama gune ayt nieh.heheheheh,blh kann?terharu tak?

Anonymous said...

Saya suka ayat ini sehingga saya buat folio agama gune ayt nieh.heheheheh,blh kann?terharu tak?

" Sesungguhnya Yang Halal dan Yang Haram Itu Nyata "

AMARAN

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP