MARHABAN YA MARHABAN

PEWANGI MUNIF HIJJAZ terbaru DI PASARAN (klik)

MAKLUMAT SAHABAT ILMU STORMREADERS (klik gambar)

Saturday, October 09, 2010

amanah yang dipikul (galas?)





majlis penerimaan tauliah mengajar Negeri Perak berlangsung di Hotel Seri Malaysia ipoh, dengan dimulai ucaptama Mufti Kerajaan Megeri perak,

dalam ucapannya beliau meminta supaya para guru yang menerima tauliah menganggap ia sebagai satu lesen untuk menyampaikan ilmu dan bukannya untuk berbangga dengan sijil sahaja.
beliau juga menegaskan bahawa pendakwah menggunakan methodologi menerang, dan menggunakan kaedah menjelaskan keindahan dan keadilan dalam islam.

Wednesday, September 01, 2010

fikir dan ubah !

10 isu yang umat Islam sering keliru dan tak tahu mana yang patut diutamakan.

1. Ramai yang marah budak-budak datang masjid buat bising... Tapi tak marah orang dewasa yang duduk diam di rumah, tak mau datang masjid.

2. Mereka sibuk berbicara apa hukum ORG KAFIR masuk masjid, TAPI mereka tak pernah bicara apa hukum ORG ISLAM tak mau ke masjid.

3. Mereka sibuk bincang hal ORG KAFIR dedah aurat dlm surau, TAPI mereka tak cakna ORG ISLAM yang dedah aurat di merata tempat.

4. Mereka marah ORG KAFIR baca ayat Quran dan baca tak ikut tajwid, namun mereka hanya senyum melihat ORG ISLAM tak mau baca Quran dan yang baca tunggang langgang.

5. Mereka melenting bila ORG KAFIR nak sebut nama Allah, sayangnya mereka tak sensitif langsung bila ORG ISLAM menghina ayat-ayat dan hukum Allah.

6. Mereka sibuk membid'ahkan orang buat tazkirah antara tarawih, tapi mereka tak kisah orang lepak minum kopi dan hisap rokok antara tarawih.

7. Mereka sibuk bertanya batal tak wudhu' jika sentuh tangan isteri, tapi mereka tak kisah dosa bersalaman dengan bini orang.

8. Mereka dok tanya orang pusat zakat adakah wang hasil pelaburan mereka boleh dizakatkan, mereka tak tanya pun adakah pelaburan mereka itu diharuskan.

9. Mereka sanggup bersesak-sesak di masjid untuk solat Aidilfitri yang hukumnya sunat tapi mereka tak mau tunaikan solat fardhu di masjid walaupun masjid lengang dan lapang.

10. Lama masa diambil di pasar raya untuk membelek2 label makanan untuk mencari logo halal jakim. Namun mereka dengan lahapnya aply personal loan, pembiyaan kereta/rumah dan kad kredit dll tanpa bertanya 'logo halalnya'. Yang ditanya hanya berapa persen interest... Tak ditanyapun aqadnya syar'I atau tidak.

Hayati kisah ini...

Seorang télah bermusafir dari Iraq menuju ke Madinah. Berbulan-bulan lamanya. Niatnya satu; hendak bertemu Imam Malik untuk mendapatkan penjelasan mengenai hukum darah nyamuk... Sampai di Madinah, beliau terus bertemu Imam Malik dan bertanyakan soalan berkenaan. Imam Malik tidak terus menjawab. Sebaiknya berkata, "Kamu datang sejauh ini semata-mata nak tanya hukum darah nyamuk. Kenapa kamu tidak tanya hukum darah Husain (cucu Rasulullah SAW) yang dibunuh di negeri kamu?"

Fikir-fikirkan...

Thursday, August 19, 2010

taraweh, tarawih, moreh?


bersegeralah menuju maghfirah Allah

rebutlah saff yang pertama
malam pertama di bulan Ramadhan, penuh masjid dengan manusia yang menyahut kehadiran Ramadhan, bulan ibadah, bulan mujahadah, masuk malam ke seterusnya, dah mula berkurangan, malam berikutnya, dah banyak lagi yang susut, belum masuk malam 10 yang akhir, dari penuh masjid ke penuh pasaraya dan sebagainya, hilang habis manusia. apa yang dicari? apa yang dikejar? apa yang tak cukup, Allah janjikan "bonus hebat 1000 bulan" tapi manusia cari diskaun 10% 20% 30% 50% 70%.

ada yang nantikan moreh. bila dengar je imam baca 3 qul baru le budak-budak sibuk masuk balik ke masjid, surau, leps puas ganggu jemaah dengan letupan mercun, meriam dan sebagainya, kot tak masuk nanti orang tua tak bagi serta makan moreh, rugi pulak, sanggup berlakon.

Ya Allah jadikan Ramadhan ini yang terbaik buat kami, Ameen

Thursday, August 12, 2010

waqaf ramadhan


101 cerita dari Al-Quran dan hadis RM29.90


300 hadis bimbingan RM25.90



shahih tafsir ibnu katsir RM 800


tafsir ibnu katsir RM700


Assalamualaikum,
bersempena Ramadhan Mubarak ini, dianjurkan kepada anda semua untuk mewaqafkan bahan bacaan untuk dimanfaatkan ilmunya, tuan boleh memilih apa sahaja tajuk buku, majalah, dan lain-lain yang terdapat dikedai maya http://www.stormreaders.net/yazid ini dan akan dihantar kepada tempat yang tuan inginkan.


selamat menyambut bulan Ramadahan Almubarak.

us yazid muhamad rumbali
0195599798

Monday, July 26, 2010

SOLUSI 22 "DOA, MUSTAJAB ATAU TERHIJAB



Assalamualaikum, kepada semua pencinta bahan ilmia dakwah SOLUSI, insya Allah, akan berada di pasaran tidak berapa lama lagi dengan tajuk menarik, adakah doa kita diterima Allah selama ini? adakah doa kita terhijab? nantikan kupasannya dalam SOLUSI 22 ini

dapatkan daripada herbasyifaa Bagan Serai, Kohalal Bagan Serai, Petronas Bagan Serai, dan hubungi Us Yazid untuk tempahan dan penghantaran percuma sekitar bagan serai. nak bantu edarkan pun boleh.

0195599798
http://mukminiaga.blogspot.com/

Saturday, July 17, 2010

perginya tak kembali


Dr Rahman bersemangat menyampai kuliah
ahad lalu beliau memberikan kuliah dengan semangat, soal herba dan penggunaannya dalam rawatan,

sempat pesan kepada anak murid supaya bawakan beberapa jenis tumbuhan untuk dijadikan bahan serta perkenalkan kepada yang lain tentang kelebihan dan cara penggunaan bahan tersebut. namun hasrat itu tak kesampaian, beliau kembali ke RahmatuLLah,

semoga ilmu yang dikongsi oleh pakar Herba, Dr Rahman Derus akan kekal sebagai pahala jariah teman diri mengadap ilahi.

pernah satu ketika tahun 2009, masa belajar di maktab, ana diserang sakit belakang cara tiba-tiba yang menyebabkan sukar untuk menundukkan badan, lagi besar masalah kalau berbaring, nak bangun cukup menyakitkan kerana tulang belakang tak dapat dibengkokkan, jumpa Dr rahman dan minta dia Ruqyah (bacakan doa). nampak bersahaja dia berdoa dan tiupkan pada air, lalu diberi ana minum. dalam hati agak kecewa sebab dia tak sentuh atau urut tempat sakit. sakit masih lagi terasa,

namun kuasa Allah yang Esa, lepas tu sakit pun tak terasa bila hilangnya, dah seperti sedia kala, Alhamdulillah.

secebis kenangan bersama Dr rahman darus...

Ya Allah, jadikan hidup kami berjasa untuk AgamaMu . Ameen

Wednesday, June 23, 2010

Ya Allah berkatilah kami dalam bulan REJAB....



dipetik dari buku ini

Nabi Muhammad berdoa kepada Allah memohon agar Allah memberi keberkatan kepadanya dan kepada kaum muslimin dengan doa
اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان
ya Allah, Ya Tuhan kami, berkatilah kami pada bulan rejab dan Syaaban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan.

kaifiat dan khasiat

daripada Anas R.A berkata : adalah Nabi Muhamad S.A.W apabila masuk bulan rejab, Baginda mengucapkan doa tersebut.

Tuesday, June 22, 2010

SOLUSI BARU : MELEBUR TAKABBUR



DAPATKAN DI PASARAN TIDAK LAMA LAGI : PENGHANTARAN PERCUMA SEKITAR BAGAN SERAI, SMS NAMA DAN ALAMAT KE 0195599798

Monday, June 14, 2010

jalan-jalan perjuangan



SYAHID TAK KESAMPAIAN.
Abg Jamuliddin elias, selepas menceritakan detik getir semasa dalam kapal mavi marmara yang diserang yahudi.


Ust Yahya Othman
muallim, murabbi penggerak pejuang Islam



AGC @ kelantan



"eh kenapa dia berhenti kat tokong pulak?" bukan tokong cina la tapi masjid beijing. bukan kah Islam itu indah? Islam untuk semua,

Ya Allah jadikan perjalananku sebagai ibadah melihat bumiMu nan Indah, serta dapat ku imbil iktibarnya, Ameen

Saturday, June 05, 2010

bacakan doa ini untuk hancurkan zionis israel



bantulah mukmin Palestin
hancurkan yahudi laknatullah.
ameen

laris..... memang wangi,



dapatkan wangian MUNIFHIJJAZ dengan bauan inspirasi HUGO, DUNHILL, CK ONE, POLO, DAN LAIN-LAIN,
sesuai dipakai waktu solat
dalam pek tunggal botol istimewa 8ML
harga menarik hanya RM22.00

dapatkan di KOHALAL BAGAN SERAI, HERBASYIFAA BAGAN SERAI, UST YAZID, ANJUNG GIANT TAIPING.
pengedar dan ejen di alu-alukan

0195599798

Tuesday, May 25, 2010

PEWANGI MUNIF HIJJAZ DI PASARAN

UST MUNIF BERGAYA BERSAMA PRODUKNYA



PEWANGI PEK TUNGGAL 8ML, GUNAKAN TANPA RAGU

Semalam, 24 hb 5 ana call hq dan mohon jadi Stokis area sini, Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan Allah. petang ni kalau takde aral, sampailah produk tu. untuk sahabat-sahabat yang berminat boleh call ana untuk maklumat lanjut tentang produk ni dan cara nak jadi pengedar atau ejen boleh le, jangan segan-segan.

modal pengedar RM 500
modal ejen RM 250

usy yazid
019-5599798
http://mukminiaga.blogspot.com/

tijaratun lan tabuur Insya Allah ( perniagaan yang menguntungkan ). Ameen.

Wednesday, May 19, 2010

jatuh cinta lagi

kempen 1 rumah 1 SOLUSI, 1 Pejabat 1 SOLUSI,



SOLUSI baru akan muncul lagi, dapatkan daripada pengedar berdekatan dengan anda
ust yazid (bagan serai, parit buntar, taiping, kuala kangsar) 0195599798
ust nasrul hadi ( simpang, taiping, kg dew) 0195728786 http://hidupkeranaallah.blogspot.com/
ust Syed Bakri (ipoh dan sekitarnya) 0165463052 http://albaloki.blogspot.com/
dapatkan juga di KOHALAL caw BAGAN SERAI

siapa yang berminat jadi pengedar hubungi ana

Ya Allah, jadikanlah amalan kami ini sebagai usaha menyebarkan dakwah. Ameen

Thursday, May 13, 2010

dosa-dosa dan Facebook


artikel ini di ambil dari web ust zaharudin untuk tujuan dakwah dan peringatan
http://www.zaharuddin.net/content/view/930/72/



semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.



Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.



Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.



Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.



Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.



Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.



Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.



Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .



3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.



Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.



4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.



Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.



Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.



5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.



Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.



Ini boleh menjadi dosa, kerana :-



a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.



6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan



Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.



Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.



Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.





KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Sekian



Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

3 Mei 2010

Saturday, May 01, 2010

PEJUANG UMAT MELAYU, ISLAM



masa tamat kelas Darussyifa di kk menghala ke tempat letak kereta, ana lalu tepi kawasan perkuburan kecil ditepi jalan berdepan dengan Pusat THOIF, mata terpaku pada sebuah binaan kubur yang agak tinggi, lain dari yang lain, tergerak hati untuk dekati makam tersebut. bila dibaca tulisan khat (jenuh juga nak baca) tertulislah nama PROF D ZULKIFLI MUHAMAD, PEJUANG UMAT MELAYU DAN ISLAM.

memang dah tahu pejuang ini dikebumikan di Kampung kota Lama kiri, kuala kangsar Perak. tapi tak pulak tahu disitulah tempatnya dimakamkan.

sape tak kenal Prof Dr Zulkifli Muhamad? kena baca disini

syeikhh Muhaizam, teruskan usaha anda mencari pejuang

6 mei 1964 beliau meninggal dunia setelah menabur budi dengan peluh dan darahnya untuk Islam, selamat menuai hasil disana.

ya Allah, berikan kami petunjuk ke jalan yang benar. Ameen

Tuesday, April 27, 2010

SOLUSI SAMPAI SEBAGAI SOLUTION

MAJALAH KEGEMARAN ANDA YANG DINANTI-NANTIKAN DAH MUNCUL,
DAPATKAN SEGERA

ust Yazid 0195599798 (bagan serai, Parit Buntar,)
Us Nasrul hadi (Kg Dew, Simpang, Taiping) http://hidupkeranaallah.blogspot.com/
Us Syed Bakri 016-5463052 (ipoh )http://albaloki.blogspot.com/



NAMPAK MENARIK TAJUK TU!

Friday, April 23, 2010

KEDAI BUKU MAYA ANA

JEMPUT ZIARAH DAN BELI BELAH BUKU-BUKU "CAS" IMAN DAN TAQWA dari TELAGA BIRU
kedai ana http://www.stormreaders.net/yazid
kedai zaujah http://www.stormreaders.net/rusliza



YANG BERMINAT NAK BUKA KEDAI CAMNI BOLEH HUBUNGI ANA UNTUK MAKLUMAT LANJUT
UST YAZID
0195599798

JADIKAN KAMI PEMBINA GENERASI BERILMU DAN BERIMAN SERTA BERAMAL. AMEEN

Tuesday, April 20, 2010

PENGAJIAN DARUSSYIFA' DI PERAK


Ustaz Zul sedang menyampaikan kuliahnya


bakal-bakal perawat mendengar dengan penuh khusyuk.

kuala Kangsar,
kelas pengajian Darussyifa, sesi baru diadakan di (pakat)kuala kangsar. ramai pelatih baru mendaftarkan diri untuk sama-sama mendalami ilmu Allah dalam bidang pengubatan Islam. moga dengan ramainya, pelatih baru akan menambah kesedaran masyarakat betapa perubatan Islam perlu menjadi tumpuan dan meninggalkan rawatan yang bercampur dengan elemen syirik kepada Allah.

Ya Allah, Anta Syafi, tiada kesembuhan melainkan kesembuhan dariMU. sembuhkanlah penyakit kami. Ameen.

Friday, April 16, 2010

Wednesday, April 14, 2010

ALFUN ZUWAR (1000 KUNJUNGAN)

Alahamdulillah, blog ni sejak diletakkan hit baru-baru ni, dah pun cecah seramai 600 lebih pengunjung (yang sama?) dan sebanyak 1000 kali kunjungan. walaupun tak sehebat syeikh Sayyid bakri dan Syeik Nasrul Hadi yang lebih HIT. namaun zeidelkheir akan turut sama memeriahkan medan dakwah maya ini.

terima kasih kepada para pengunjung yang tak jemu tatap blog ini, teruskan sokongan anda

Jazakallah Kheiran Kasira

" Sesungguhnya Yang Halal dan Yang Haram Itu Nyata "

AMARAN

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP