Mayat bayi terapung
Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my
PULAU PINANG 5 Okt. - Seorang pengutip sampah tidak menyangka objek terapung seperti 'anak patung' di kawasan pantai berhampiran Jeti Sungai Pinang di sini hari ini, adalah mayat seorang bayi lelaki.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.45 pagi ketika pekerja lelaki itu menjalankan rutin harian untuk membersihkan kawasan tersebut.
Difahamkan, semasa ditemui, mayat tidak berpakaian itu berusia dalam lingkungan beberapa hari berikutan tali pusatnya masih ada.
Hasil siasatan, polis percaya bayi malang itu dicampak ke laut sebelum dibawa arus sehingga ke hulu sungai tersebut.
Siasatan awal juga menunjukkan ibu kepada bayi itu merupakan seorang rakyat tempatan ekoran warna kulitnya yang cerah.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supritendan Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan penemuan bayi tersebut dan pihaknya kini giat menjalankan siasatan.
"Kita telah menghantar mayat bayi itu ke Bilik Mayat Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dibedah siasat dan polis juga masih cuba mengenal pasti bangsanya.
"Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan," ujarnya
diambil dari utusan malaysia, 6 oktober
apa dosa bayi kecil ini? mengapa tambah dosa berganda? apakah dosa ia dibunuh (bi ayyi zanbin qutilat)
Nigerian workers strike over cost of living crisis
-
[ad_1] The nationwide walkout was called by the two mai […]
1 year ago
No comments:
Post a Comment