Monday, October 26, 2009
NIKMATNYA SIHAT
kelmarin masa naik ke pejabat, PAR bagi borang suruh sign. ingat borang apa,rupanya slip cuti. "banyak lagi cuti ustaz" kata PAR tu. "haa ! yeke ? " em memang betul, baru sehari je cuti baru ni. tu pun cuti sebab nak p Ijtimak guru Takmir negeri perak. MC ? takde dalam rekod tahun ni ambil MC lagi. ada la hari tu pergi klinik pasal sakit mata, tapi tak dapat pun MC. Balik bertugas sepertui biasa.
Alhamdulillah dengan nikmat sihat ni macam-maca kita boleh buat dan isi masa dengan benda yang dapat pahala. ye la nanti di akhirat dapat lah menuai dividen nya.
bila dah hilang nikmat sihat baru gelabah dan sedar betapa sihat itu nikmat. baru teringat nak muhasabah amal. namun sakit juga sebagai nikmat. menjadi Kaffarah pada dosa yang kita lakukan sepanjang hidup kita.
Ala kulli hal Syukurlah jangan kufur
Wednesday, October 21, 2009
PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM MALAYSIA (DARUSSYIFA')
AROWANA OH KELISA
Arowana high back masih dalam pantang
Arowana setahun lebih
Jumaat lepas ada sahabat ajak pergi ke kolam ikan kelisa di Jabal Ahmar (Bukit Merah). nak buka mulut ikan katanya. buka mulut ikan ? buat tahnik ke? tak! rupanya itulah istilah penternak dan pelabur ikan kelisa bila nak ambil hasil tuaian. proses berjalan dengan penuh debaran, boleh jadi ada hasil, boleh jadi belum lagi, sekor sekor ikan diperiksa mulutnya, semua yang hadir cukup teruja, tambah le tuan punya ikan tu, tak senang berdiri, ke sana kemari tunggu hasil. dah hampir sebelas ekor diperiksa, belum ada tanda. tiba-tiba penyelongkar mulut ikan tu bising sebut " dah terbang-dan terbang. Alhamdulillah itu istilah untuk tanda ada hasil dalam mulut ikan yang dah agak besar. dah keluar kerana diluah oleh "bapanya"( ibu kelisa bertelur dan di eramkan oleh bapanya, baguih bapak kelisa nih)
ada dua ekor yang keluarkan hasil. kira semua dapat 40 ekor, bahagi dua dengan pengusaha. pastu boleh kongsi dengan share partner ikut nilai saham masing-masing. seekor nilai dengan rm 400. RM 400 ? kali lah dengan 20 ekor. itulah hasil tuaian sahabat ana.
berminat? satu kolam nilai 104 000 . kongsi le. untuk beli 10 kelisa betina dan 6 jantan. hasil pertama boleh tuai dlam jangka masa 1 tahun. amacam? teruja?
istikharah dulu
Thursday, October 15, 2009
USTAZ, TOLONG CERAMAH SIKIT KAT DIA NI !
begitulah dialog ringkas ana dengan beberapa remaja ditaman perumahan yang ana tinggal ketika nak keluar ke parit buntar semalam. nampak mereka duduk-berbual di tepi jalan ana buka tingkap kereta sambil menyapa mereka. ada yang menyorok tepi member sebab malu atau takut kena tegur sebab pakai seluar kulit ( seluar pendek ). sorang lagi minta nasihatkan kawannya yang sedang bergayutan di talian.
usia remaja memang penuh dengan keindahan , keseronokan mencuba dan meneroka alam baru, kalau betul gayanya Insya Allah takkan hanyut du dunia gelora ini. tapi sapa nak bimbing mereka?
Tuesday, October 13, 2009
SELESAI URUSAN 4 BADAL HAJI


Gambar hiasan
Semalam sempurna urusan mewakilkan 4 badal haji untuk kali ini,
Terima kasih kepada En Ramly bin Huri yang buat badal haji untuk ibu dan bapa mertuanya, En Amirul bin Mai untuk abangnya, dan badal untuk bondaku sendiri. moga mendapat haji yang mabrur
semua urusan telah diwakilkan kepada Tn Hj Zaini Rasli, Ascentlink Travel yang beribu pejabat di Bagan Serai, Perak.
Untuk makluman, badal haji masih lagi dibuka, silakan kepada sesiapa yang berhajat.
Friday, October 09, 2009
TERINGAT KISAH LAMA
yang kedua di kaherah, lena juga, rasa orang tarik tilam, ingat kot dia nak join lena sama. bila jaga, gempa bumi juga. (aii dua kali lena ni, pi ngaji ke lena ?)
yang ketiga baru lepas ngaji dengan syeikh indonesi, bab tasauf lagi, lepas ngaji biasanya ada jamuan, tumpang sekali le sambil berbual tambah ilmu dan pekena syai bersma tuan guru, tetiba bergegar bangunan rumah negeri, kami di tinggkat atas sekali lagi rasa goyangnya yang kuat, aku bertakbir, ada sahabat yang sembahyang meneruskan sembahyangnya (kuat iman sahabat ni). allahu Akbar aku terus takbir, Tuan guru Indonesi tadi paling awal lari ke tangga... (mungkin dia ada trauma gempabumi di negaranya)
itulah kenangannya. rasa gerun kekuasaan Allah, Kalau dah sampai ajal, bila-bila masa pun kita tak tau.
Ya Allah ambil lah nyawaku dengan keadaan yang baik Ameen
Tuesday, October 06, 2009
Jahiliyyah moden
Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my
PULAU PINANG 5 Okt. - Seorang pengutip sampah tidak menyangka objek terapung seperti 'anak patung' di kawasan pantai berhampiran Jeti Sungai Pinang di sini hari ini, adalah mayat seorang bayi lelaki.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.45 pagi ketika pekerja lelaki itu menjalankan rutin harian untuk membersihkan kawasan tersebut.
Difahamkan, semasa ditemui, mayat tidak berpakaian itu berusia dalam lingkungan beberapa hari berikutan tali pusatnya masih ada.
Hasil siasatan, polis percaya bayi malang itu dicampak ke laut sebelum dibawa arus sehingga ke hulu sungai tersebut.
Siasatan awal juga menunjukkan ibu kepada bayi itu merupakan seorang rakyat tempatan ekoran warna kulitnya yang cerah.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supritendan Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan penemuan bayi tersebut dan pihaknya kini giat menjalankan siasatan.
"Kita telah menghantar mayat bayi itu ke Bilik Mayat Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dibedah siasat dan polis juga masih cuba mengenal pasti bangsanya.
"Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan," ujarnya
diambil dari utusan malaysia, 6 oktober
apa dosa bayi kecil ini? mengapa tambah dosa berganda? apakah dosa ia dibunuh (bi ayyi zanbin qutilat)
Monday, October 05, 2009
AZ-ZALZALAH (GEMPA )

Gempa bumi di Indonesia : Peringatan buat yang lalai.

SURAH 99 : 8 AYAT
DITURUNKAN DI MAKKAH
1. apabila bumi digegarkan Dengan gegaran Yang sedahsyat-dahsyatnya,
2. serta bumi itu mengeluarkan Segala isinya,
3. dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa Yang sudah terjadi kepada bumi?"
4. pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:
5. Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).
6. pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
7. maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
8. dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Friday, October 02, 2009
Majlis Ilmu yang penuh Barakah
Badal Haji tahun Ni

iklan upah/badal haji
Lepas Syawal, Zulqaedah, lepas tu Zulhijjah pulak, emm baru ni pergi kedai Haji Zaini Bagan Serai sebab nak Wakilkan Badal Haji pada saudara. tahun lepas pun ada buat untuk Arwah Ayahanda, tahun ni untuk Bonda pulak, Haji Zaini Offer untuk jadi wakil dia untuk menguruskan sesiapa yang mahu khidmatnya untuk badal haji tahun ni. qabiltu le (aku terima ).
lalu bermula lah cari kawan-kawan dan kenalan untuk sesiapa yang memerlukan bantuan badal haji ni. jadi... sesiapa yang berminat tafaddal , ana permudahkan apa yang patut, mudah-mudahan urusan dipermudahkan dan amalan haji diterima Allah sebagai Haji Mabruur, Hajjan mabrura, sa'yan masykura, wa tijaratan lan tabur. ameen
us yazid 0195599798

isikan borang ini
Wednesday, September 30, 2009
MUNAJAT SELEPAS RAMADHAN
selawat dan salam kepada Nabi Junjungan, serta Ahli keluarga dan sahabat
ya Allah ya tuhan kami
Selama sebulan kami berpuasa, menahan lapar dan dahaga, dan perkara membatalkan puasa, serta menjaga pancaindera, serta taat pada Allah Azza Wajalla, maka berilah kami kekuatan untuk berpuasa sunat selepas ramadhan ini.
selama sebulan menahan makan disiang hari walau halal sebelum ini, maka berilah kekuatan kepada kami menahan diri dari makan benda yang haram lagi keji selepas dari bulan ramadhan ini sepanjang hidup kami
Setelah ratusan solat sunat tarawih kami laksanakan sepanjang bulan ramadhan , kurniakan lah kami kekuatan yang sama untuk kami solat sunat di bulan-bulan yang lain
Ya Allah Ya Alim
Setelah ribuan ayat Al-Quran kami baca dan tadarus sepanjang bulan Ramadan, maka kurniakanlah kami kekuatan yang sama untuk kami terus membaca, memahami Ayat suci-Mu sepanjang masa, siang dan malam, sepanjang hidup kami.
Ya Allah Ya Ghani
Setelah banyak wang sedekah, wakaf, derma kami sumbangkan kepada fakir miskin, anak yatim sepanjang bulan Ramadhan, maka kurniakanlah kami rezki yang melimpah ruah supaya kami terus menabur budi selepas bulan ramadhan ini sepanjang hidup kami.
Ya Allah Ya Thohir
Setelah kami keluarkan zakat fitrah semasa bulan Ramadhan untuk mensucikan harta benda kami, maka kurniakanlah kepada kami hasil pencarian yang halal dan baik serta berkat selepas dari bulan Ramadhan ini sepanjang hidup kami.
Setelah hati kami terpaut dengan masjid menunaikan ibadah padaMu dengan iktikaf, solat fardu dan sunat, serta pengajian ilmu, maka eratkanlah hati kami supaya sentiasa berterusan hadir dimasjid selepas bulan Ramadhan sepanjang hidup kami.
Ya Tawwab
Setelah ribuan istigfar dan kata taubat kami lafazkan sepanjang masa di bulan Ramadhan, serta linangan air mata sesasalan berlinangan, maka jadikanlah kami hamba Mu yang kekal dengan taubat nasuha sepanjang usia kami.
Setelah berterusan tahajjud, hajat, tasbih dan taubat serta witir kami dirikan sepanjang Ramadhan, maka kurniakanlah jua kekuatan pada kami meneruskannya di bulan lain selepas Ramadhan.
amen, amen, amen ya Rabbal A'lamin.
Friday, September 25, 2009
BERHARI RAYALAH DENGAN SELAMAT
segala ibadah dalam bulan Ramadhan umpama habis langsung. tak ada kesan dalam diri sepanjang mnejalani ibadah didalamnya. jangan jadi gerombolan Ramadhan, beribadah bagai nak rak, lepas tu tiada kesinambungan lagi. jangan jadi hamba Ramadhan, jadilah hamba Allah selamanya.
ingatlah, Tuhan Syawal adalah Tuhan di Bulan Ramadhan juga
Wassalam
Minal A'idin wal Faizin
KULLU AM WA ANTUM BIKHAIR
Wednesday, September 16, 2009
PERINGATAN DARI BARAAH
Malam tadi dapat peluang bersama sahabat-sahabat bertadarus bersama di masjid. buat aktiviti tambah amal malam-malam penghujung ramadan. Alhamdulillah dapat juga khatam. bukannya khatam bacaan seluruh ayat Al-Quran tu , tapi habis tadarus surah Baraah.- Surah Baraah? - surah apa tu? x- emm itu nama lain bagi surah At Taubah. - oo yeke. x- ye lee. taktau ?
ayat yang ana petik kat bawah ni merupakan ayat yang menceritakan sifat orang munafik, bacalah..
DAN DIANTARA MEREKA ADA YANG TELAH BERIKRAR KEPADA ALLAH. ; SESUNGGUHNYA JIKA ALLAH MEMBERIKAN SEBAHAGIAN KURNIA-NYA KEPADA KAMI, PASTILAH KAMI AKAN BERSEDEKAH DAN PASTILAH KAMI MASUK DALAM GOLONGAN ORANG YANG SALEH (75)
MAKA SETELAH ALLAH MEMBERIKAN SEBAHAGIAN DARI KURNIA-NYA MEREKA KIKIR DENGAN KURNIA ITU DAN BERPALING, DAN MEREKA MEMANGLAH DARI KALANGAN ORANG YANG MEMBELAKANGI (KEBENARAN) (AT-TAUBAH 76)
Ana baca dalam Tafsir Muner tulisan Prof Dr Wahbah Zuhaily. dia cerita kisah sabab nuzul ayat ini tentang seorang sahabat yang didakwa sebagai Tsa'labah bin Abi Hatib yang minta Rasulullah berdoa supaya Allah kurnia harta padanya dan berjanji akan memberi hak kepada yang berhak jika mendapat harta kekayaan, lalu didoakan untuknya hingga jadi jutawan kaya raya hingga lupa solat bersama . dan apabila diminta keluarkan zakat dia perli pemungut zakat hingga menimbul kemarahan Rasulullah. setelah menyesal dia pergi jumpa Rasul untuk tunai zakat tetapi Rasul enggan terima . namun cerita ini tidak benar kata Prof Dr Wahbah. tapi cerita ni masyur dikalangan ahli tafsir namun tidak benar dari pandangan muhaddisin ( Pakar Hadis )sebab Tsa'labah merupakan ahli badar.
Dhahhak kata ; ayat ni turun pada lelaki-lelaki Munafik : Nabtal bin Alharis, Wajad bin qais, dan Muattab bin Qusair.
Ala kulli hal , ini ciri munafik, mereka ikrar masa miskin, masa tak cukup makan, masa takde duit lebih, cita-cita nak sumbang pada fakir miskin, fuqara, orang yang memerlukan dan untuk perjuangan Islam.
bila dah mula berjaya dengan kenaikan gaji,bonus masyuk, naik pangkat, ada kekuasaan, lupa ikrar dan cita-cita
bila dah mula berjaya berniaga, MLM sampai CDM ke, ape ke, sawit dah berladang-ladang, sawah padang luas terbentang, saham syarikat terus berkembang, lupa dah janji nak sodaqah, zakat, sumbangan, derma dan lain-lain, kalau ada pun sekodar je. lagi malang kalau jadi haj bakheel, lebai bakheel, ustaz bakheel, dan yang seangkatan dengan nya.
nauzubillah min zalik. beringat lah wahai tuan yang empunya diri ini.
Tuesday, September 15, 2009
BERSAHUR OK SOLAT SUBUH KO

sempat lagi solat tahajud sementara nak tunggu maidatus sahur (juadah sahur) disiapkan. sementara nak jerang air, panaskan kuah dan lauk pauk, sementara nak rebus telur asin. tapi yang terbalik kes mata dok mamai tapi jumpa juga tangan dengan lubang mulut untuk di suap. tak pula terbabas ke hidung ke, telinga ke atau ketempat lain. dah habis soru terus sampai ke tempat pembaringan semula, malang... yang sunat diutamakan yang wajib ditinggalkan
Wednesday, August 26, 2009
TAQWA ; KPI RAMADHAN
(Al-Baqarah 183)
Ahlan Ya Ramadhan
Ada manusia yang menyambut ramadhan dengan penuh kegembiraan dan syukur, kerna dapat tawaran melanjutkan latihan di universiti terbuka Ramadhan buat kali seterusnya. universiti yang memberi peluang untuk melatih jasmani dan rohani menjadi modal insan penuh dengan TAQWA.
Yang gelisah tak tentu arah pun ada, menerima tawaran masuk universiti terbuka Ramadhan dengan seribu alasan, gastrik dan berbagai lagi helah bermadah untuk mensia-siakan peluang untuk perbaiki diri.
Rasulullah memberi motivasi kepada sahabat-sahabat baginda sehari sebelum tibanya Ramadhan " Wahai sekalian manusia, telah masuk syahru azim mubarak, malam ada padanya Lailatul Qadar. Allah jadikan siangnya untuk berpuasa dan malamnya untuk ibadah sunat. buat ibadah fardu diberi ganjaran 70 kali fardu.
Bulan SABAR, dan sabar ganjarannya syurga.
Ayuh ! tambah amal, tingkatkan TAQWA
Thursday, May 21, 2009
dah dapat surat SPP WEH
Thursday, November 20, 2008
Saturday, July 14, 2007
rejab kembali
Rejab Syaban Ramadhan
rejab telah kembali.. menandakan makin hampir kita menemui ramadhan.
tarbiah ramadhan tahun lalu mungkin telah pudar dari dada orang yang kurang imannya. iniliah peluang untuk kembali menggilap iman yang pudar itu
Thursday, February 08, 2007
SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH
azam tersemat dalam diri.
teruskan langkah jangan terhenti
iktibari hijratun Nabi


